Beri moratorium pukal bukan bersasar, luas bantuan kepada M40
Beri moratorium pukal bukan bersasar, luas bantuan kepada M40, gesa pemimpin Umno
Seorang pemimpin Umno mempersoalkan keputusan kerajaan yang dilihat seperti lebih memihak kepada institusi perbankan berbanding membantu rakyat dengan moratorium automatik secara pukal.
“Inilah masalahnya bila bekas ‘banker’ jadi Menteri Kewangan. Dia tetap mahu untungkan bank yang sudah pun untung walaupun di waktu Covid-19,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi di Facebook, merujuk kepada Tengku Zafrul Abdul Aziz.
“Memang mengecewakan. Kenapa moratorium bersasar? Sepatutnya moratorium pukal.”
Ketika mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Tambahan (Pemerkasa+) malam tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, moratorium automatik selama tiga bulan akan diberikan kepada golongan B40 yang kehilangan pekerjaan dan perusahaan kecil dan sederhana yang tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama enam bulan.
Inisiatif itu akan dilaksanakan segera pada bulan ini dan dijangka memanfaatkan lebih 5 juta peminjam dengan nilai RM30 bilion.
Puad turut mencadangkan agar moratorium automatik hanya dikecualikan bagi syarikat-syarikat besar, multinasional dan golongan T20.
“Ini musibah bila Parlimen tidak bersidang. Suara rakyat tidak sampai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyeru agar moratorium terbaru itu diperluaskan kepada golongan M40.
Ini kerana ketika wabak melanda, ramai dalam golongan berkenaan sudah jatuh ke kategori B40, dan ini tidak dicerminkan dalam data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Ramai yang mengadu gagal dalam permohonan untuk Bantuan Prihatin Rakyat kerana berpandukan data lama,” kata beliau di Facebook.
Dalam pada itu, Asyraf dalam catatan Facebook berasingan turut meluahkan kekecewaan kerana tiada pengumuman mengenai skim i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dalam pakej bantuan yang baharu diumumkan semalam. FMT
Beri moratorium pukal bukan bersasar, luas bantuan kepada M40, gesa pemimpin Umno
Baca Artikel Menarik
- ‘Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
- [VIDEO] Ngeri!! Gunting Tertinggal Dalam Perut Berbulan-Bulan
- Resepi salad kentang, menu sihat dan lazat
- Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?
- Tuduh Rita, Lufya anti-vaksin, Farah Hanim mohon maaf
- Resepi Gulai Daging Utara Istimewa
- COVID-19: ‘Sudah berlaku penularan meluas ‘varian of concern’ di setiap negeri’ – Noor Hisham
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Umno tuntut i-Sinar, moratorium sekali lagi jika PKP penuh
You must be logged in to post a comment.