Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

Sebaran :

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

Untuk petang ini apa kata kita cuba resepi popia carbonara cheese tarik ni.

Rasanya dia memang terbaik. Rasa cheese dengan popia ni dalam mulut memang sedap sungguh.



Apa lagi jom cuba.

Bahan-Bahan:

kulit popia
1 bawang holland
4 ulas Bawang Putih
200 gr ayam kisar
1 carrot size kecil, cincang halus
1 tin sos carbonara
2 keping keju chesdale
cendawan enoki, boleh tukar cendawan lain
2 keping chesdale
1-2 sudu teh tepung gandum
cheese mozzarella
lada hitam
seasoning

Cara Membuat:

1. Buat inti; Tumiskan bawang holland bersama bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga berubah warna.



2. Kemudian masukkan carrot, kacau lagi. Masukkan 1 tin sos carbonara, jangan tambah air dan kacau sebentar.

3. Tambahkan lada hitam, seasoning dan kepingan keju. Masukkan cendawan enoki serta tepung gandum. Kacau dan masak sehingga kuah carbonara agak pekat.

4. Buat popia; Sediakan kulit popia, isikan inti sedikit inti. Masukkan hirisan mozarella. Gulungkan popia dengan kemas.



5. Sapukan dengan bancuhan tepung gandum + air dihujung popia. Goreng hingga keperangan. Siap untuk dihidangkan!

Tips:

Sejukkan dahulu inti , supaya inti pekat dan tak cair.

Jangan letak inti banyak-banyak.
Jangan gulung popia memanjang, buat biar kecik pendek je, supaya inti tak keluar dari hujung popia.



Kalau ikut tips 1, 2 dan 3 diatas, tak perlu pakai 2 lapis kulit popia, selapis pun dah cantik elok.

Resepi Oleh Kuali Helena

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


Resepi Nasi Ayam Sempoi


Sebaran :

Leave a Reply