Resepi Nasi Ayam Sempoi

Resepi Nasi Ayam Sempoi
Resepi Nasi Ayam Sempoi

Nasi ayam ini adalah makanan kegemaran orang Malaysia, tak kira bangsa apa pun. Rasanya memang perghhh, yang makan saja tahu. Jom kita try buat ikut resepi ini.

Bahan & Cara Buat Ayam:

1 ekor ayam di potong 4 (jangan buang kulit ayam)
Rebus ayam + air dalam periuk, tambah bawang putih 5 ulas, halia sebesar ibu jari yang ditumbuk kasar (pastikan ayam tenggelam).
Rebus hingga ayam betul-betul masak. Toskan dan simpan air rebusan ayam untuk masak nasi, sup, dan kicap.

Bahan Kisar –

6 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
(tumbuk halus 2 bahan ini)
Sedikit kicap masin
Dan Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram
Sedikit madu (madu jangan banyak sekadar 1-2 sdb sahaja)

Caranya:

1. Lumur ayam dengan bahan kisar, kicap masin, kicap manis, sos tiram, dan madu. Perap selama 15-20 minit (cecair perapan jangan buang sebab nak buat sos kicap).

2. Goreng dalam minyak yang banyak, jangan goreng terlalu lama sebab ayam dah masak elok, sekejap jer ayam tu pun sekali alih jer. Letak jer dalam minyak dalam 2-3 minit, terbalikkan dan tunggu lagi 2-3 minit terus angkat.

Bahan Untuk Nasi (Guna Beras Biasa):

4 cawan beras
1/4 tin susu cair
Sedikit garam
3-4 kuntum bunga lawang
1/2 senduk minyak sapi atau marjerin
1/2 senduk minyak masak
2 cawan dan 3/4 cawan air rebusan ayam
2 cawan air biasa

Bahan Kisar –

5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sebesar ibu jari halia
Blender semua bahan dengan sedikit air

Cara Buat:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk atas dapur, masukkan bunga lawang. Masukkan bahan kisar kacau hingga naik bau.

2. Masukkan susu, bila susu dah mendidih masukkan beras. Kacau sekejap, masuk air rebusan ayam + air biasa dan garam.

3. Angkat dan masukkan dalam periuk elektrik tunggu hingga betul-betul nasi masak dalam periuk elektrik baru di kacau guna senduk.

Bahan Sos Cili:

6 ulas bawang putih
3 pcs cili merah(cili besar)
15 pcs cili padi
2 cawan air
+ Kisar semua bahan di atas
2 sdb cuka
4 sdb sos cili
2 sdb gula
Sedikit garam
+ Masak semua bahan sos cili ayam dalam periuk tanpa minyak hingga agak pekat.

Bahan Sos Kicap:

cecair perapan ayam
2 cawan air rebusan ayam
1 sdb membukit tepung jagung
Kicap masin
Kicap manis
+ Satukan kacau sebati, masak atas api hingga mendidih (sentiasa kacau yer) dah mendidih ganas boleh tutup api.

Bahan Kuah Sup:

Air rebusan ayam secukupnya
2 ketul pati ayam
1 pcs asam keping
2 ketul pati ayam
Garam dan bahan perasa
Daun sup
+ Saya potong cili padi 5-6 biji buh dalam kuah yang dah suam.
+ Satukan semua dalam periuk, masak hingga mendidih. Bila dah mendidih elok, tutup api, buh cili potong dan daun sup.

Bahan Lain:

Hiasan
Tomato
Timun Salad

Ok dah siap. Jangan lupa bagi jiran rasa sikit ya.

Resepi Oleh Mariana Zainal

  Resepi Nasi Ayam Sempoi


 

Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi ikan tenggiri berlado

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker