Resepi ikan tenggiri berlado

Sebaran :


Resepi ikan tenggiri berlado

Masakan berlado ni memang sangat sedap. Selalu dah makan ayam berlado, sekarang kita cuba masak ikan berlado pula.

Rasanya memang ‘box office’. Jom buat….

BAHAN-BAHAN

  • Ikan( 7-8 keping)
  • Cili merah 11 batang *
  • Bawang putih 3 ulas *
  • Bawang besar ½ biji *
  • Tomato 1 buah ( belah 4 )
  • Serai 1 batang ( dikatok )
  • Daun limau purut 2 helai
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Garam(agak2)
  • Gula(jika mahu)
  • P/s : Kisar @tumbuk kasar bahan yang bertanda *

BOLEH GUNAKAN CILI PADI JIKA MAHU MENAMBAH PEDAS DALAM MASAKAN

CARA MEMASAK

1. Lumurkan kunyit Dan garam pada ikan.Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yg sama , masukkan cili yg telah dikisar tadi , serai dan daun limau purut . Tumis sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan tomato , serbuk belacan ( dan bahan yg lain). Gaulkan Dan perasakan dengan secukup Rasa yang dimahukan.

4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ianya masak seketika.

5. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Resepi Nurul Ateekah

Resepi ikan tenggiri berlado


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi ikan bawal masam manis


Sebaran :

Leave a Reply