Zahid gariskan 8 syarat untuk kerajaan laksanakan ketika lockdown
Zahid gariskan 8 syarat untuk kerajaan laksanakan ketika lockdown
‘Total Lockdown’ Dengan Segala Bentuk Bantuan Untuk Rakyat – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kerajaan telah mengumumkan total lockdown mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar pastikan total lockdown dengan segala bentuk bantuan yang akan kembali masuk dalam kitaran ekonomi.
Katanya, bantuan kepada rakyat secara relatif akan mencipta permintaan dan ekonomi akan bergerak walaupun PKP
“Kenyataan Menteri Kewangan mengesahkan kerajaan telah meminjam RM99.3 Billion,” katanya melalui laman facebooknya merujuk kepada kenyataan menteri terbabit, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 26 Mei lalu.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga turut menyebut berkaitan jumlah pinjaman kerajaan termasuk Khazanah dan Petronas adalah RM115.53 Billion sebagaimana yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 22 Mei.
“Untuk apa meminjam jika kebajikan rakyat diabaikan. Bantulah rakyat melalui Bantuan Prihatin 3.0 serta bakul makanan yang lebih efektif serta i-Sinar 2.0 atau i-Lestari Plus.
“Jangan lupa gunakan Ordinan Darurat untuk Moratorium Plus kerana Darurat diperolehi untuk melawan COVID-19.
“21 hari PKP penuh dengan segala bantuan yang akan digunakan rakyat untuk kelangsungan hidup. Kita harus yakin dengan rakyat kerana usaha menangani pandemik ini melibatkan semua pihak.”
Sebelum itu beliau menyarankan 21 hari total lockdown seperti Hong Kong, Vietnam dan beberapa negara lain.
“Tangani COVID-19 dan jaga kelangsungan hidup rakyat kerana itulah tanggungjawab kerajaan.
“Seperti yang pernah saya sarankan sebelum ini PKP penuh perlu dilaksanakan dengan lapan syarat.”
Berikut adalah syarat terbabit:
1. PKP penuh 21 hari
2. Moratorium pukal
3. Tambahan bantuan prihatin rakyat disegerakan
4. Komputer riba 150,000 dipercepatkan dan ditambah unit
5. Perhebat program imunisasi kebangsaan
6. Skim bakul makanan hendaklah ditambah baik kaedah penyampaian
7. UTC dan RTC sebagai one stop centre bantuan rakyat yang memerlukan
8. Tambahan Hospital Medan – Pusat Rawatan Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) diseluruh negara. – UMNO Online
Zahid gariskan 8 syarat untuk kerajaan laksanakan ketika lockdown
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.