Iswardy Morni ditahan polis


PENGERUSI Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya menerusi video secara langsung dalam laman rasmi YouTube didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar memaklumkan, individu berusia 40-an itu ditahan di kediamannya di Kajang, Selangor.

“Suspek ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada kira-kira pukul 11 malam.

“Kita akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek esok bagi siasatan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Utusani.

Terdahulu Dev Kumar memberitahu, pihaknya sedang mengesan Iswardy susulan laporan polis dibuat terhadap video dimuat naik individu berkenaan di YouTube miliknya semalam.

Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di YouTube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Seri Paduka seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 selain mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menerima video dibuat individu lain mendakwa Iswardy ada menghina Seri Paduka.

“Tuanku, bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak apa sekeliling kita kes (Covid-19) jadi 8 ribu. Kita tahu makan di istana itu sedap, saya tidak pernah pergi kalau dijemput masuk nak juga,” dakwanya.

Selain itu, dalam video itu, Iswardy turut membandingkan Yang di-Pertuan Agong dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di negeri Johor.

“Jadi Tuanku nak buat apa Tuanku, kalau tahun lepas cepat bertindak, sekarang macam mana, bila nak bertindak. Takpe lah, biar ramai rakyat Tuanku mati, lawan tetap lawan,” dakwanya lagi.

Video live itu turut mendapat tontonan sehingga 38,645 ribu orang. SM

Didakwa hina Agong, pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni diburu polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker