Hong Kong mungkin buang berjuta dos Pfizer kerana tarikh luput

Keraguan rakyat terhadap vaksin punca vaksin masih tak diberikan

Hong Kong berkemungkinan terpaksa melupuskan berjuta-juta dos vaksin COVID-19 kerana hampir kepada tarikh luput, akibat kekurangan individu yang mendaftar untuk menerima suntikan imunisasi itu.

Hong Kong antara beberapa negara di dunia yang bernasib baik kerana memperoleh bekalan dos yang mencukupi untuk diberikan kepada kira-kira 7.5 juta penduduknya. 

Bagaimanapun, ketidakpercayaan pemerintah yang semakin meningkat sehingga membantah perbezaan pendapat – termasuk maklumat yang tidak benar disebar di dalam talian – menyebabkan keraguan rakyat untuk mengambil vaksin. 

Semalam, seorang anggota pasukan petugas vaksin kerajaan memberi amaran bahawa penduduk Hong Kong hanya mempunyai tempoh tiga bulan sebelum kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tamat tarikh luput.



“Semua vaksin mempunyai tarikh luput. Mereka tidak dapat digunakan selepas tarikh luput dan pusat vaksinasi masyarakat untuk BionNTech akan berhenti operasi setelah bulan September,” kata bekas pengawal Pusat Perlindungan Kesihatan, Thomas Tsang.

Tsang berkata, adalah tidak wajar jika Hong Kong membuang dos yang tidak digunakan sementara seluruh dunia sedang berusaha mendapatkan bekalan vaksin. 

Dia turut memberi amaran bahawa bandar itu tidak mungkin lagi menerima dos baharu jika vaksin sedia ada dibuang. 

Hong Kong membeli 7.5 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac China. 



Ia juga turut menempah sebanyak 7.5 juta dos AstraZeneca namun telah membatalkan perjanjian itu pada awal tahun ini, selepas mendakwa merancang menggunakan wang berkenaan untuk vaksin generasi kedua tahun depan. – Agensi

 

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana



Hong Kong mungkin buang berjuta dos Pfizer kerana tarikh luput


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker