Netizen Mahu Orang Ramai Tegur Neelofa Secara Berhemah, Bukan Dengan Makian

Nama selebriti sensasi Neelofa terus hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial. Malah segala kemaskini berkaitan selebriti yang juga usahawan terkenal ini turut ‘diintip’ rapat oleh media tempatan apatah lagi kes dirinya dan suami, PU Riz atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) belum lagi selesai.

Tegur Secara Berhemah 

Terbaharu, menerusi laman Twitter segelintir netizen merayu kepada orang ramai untuk menegur Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor secara berhemah dan bukanlah dibalas dengan kata-kata kesat dan negatif.

“Ramai Sangat Dengki”- Netizen

Ini kerana menurut mereka, biarpun Neelofa terpalit dengan isu yang dibuktikan bersalah oleh pihak penguasa, namun ia bukanlah ‘kredit’ untuk dibalas dengan makian. Malah ada diantara mereka juga mendakwa sesetengah pihak seperti telah melupakan kebaikan yang dibuat Neelofa termasuklah melancarkan tabung dana bantuan buat rakyat Palestin serta memberi bantuan kepada keluarga yang terkesan akibat kemalangan letupan kereta baru-baru ini



Ujian Buat Neelofa 

Tidak kurang dengan itu, ada yang beranggapan nama Neelofa dikecam hebat sejak kebelakangan ini adalah merupakan satu ujian buat dirinya yang baru sahaja berhijrah dan juga bergelar isteri.

Dalam perkembangan berkaitan, semalam selepas Neelofa memberi kenyataan mengenai dakwaan tidak memakai topeng pelitup muka ketika berada di mahkamah, isu pengacara ini menaiki kenderaan bersama suami dan peguamnya turut dipersoalkan memandangkan SOP kini hanya membenarkan tiga orang di dalam sebuah kenderaan.



Bagaimanapun, Neelofa menerusi sebuah kenyataan terbaharu menjelaskan mereka hanya menumpangkan peguamnya pada jarak 50 meter sebelum berpecah kepada haluan masing-masing.-Murai

Neelofa, PU Riz dan rakan artis berjaya buat kutipan cecah RM2 juta bantu Palestin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker