Anak Norman-Abby Sound Direct Netizen!

BIARPUN negara tengah serabut dengan banyak isu panas melingkari media sosial kita saban hari, tapi ‘mood’ beraya masih tetap ada kan? Iyalah, di rumah Diva pun masih berbalang-balang lagi kuih raya belum habis dimakan tau.

Cakap pasal raya, ada cerita sikit nak kongsikan tapi bukannya soal langgar SOP atau hal panas lain. Diva ada perasan anak kepada pelakon Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Maria Danisha Hakim berbunyi pasal mulut jahat mak cik bawang.

Eh, dah kenapa pula tu? Danisha kongsi video pendek dalam TikTok dengan menulis kapsyen berbunyi:



“Kepada semua mak cik bawang Facebook yang cakap mak saya (Abby Abadi) masih tergila-gila dekat ayah (Norman Hakim) sebab selalu datang rumah masing-masing.” Dalam video tersebut, jari Danisha menuding ke arah sebuah tong sampah yang berada di dalam biliknya.

Wow, muda lagi tapi lantang juga Danisha ya. Mungkin dia sendiri pun sudah tidak tahan mendengar cerita bukan-bukan pasal kedua-dua orang tuanya. Sedangkan hubungan baik antara mereka sangatlah dipuji ramai kerana meskipun sudah berpisah, kebajikan anak-anak tetap menjadi keutamaan.

Tak faham juga Diva dengan mulut puaka mak cik bawang ni. Daripada nak puakakan orang yang tak kacau hidup korang, lebih baik hamburkan kepedasan kata-kata tu kepada rakyat Israel sana.

DIVA: Seram juga tengok iman turun naik seorang pelakon ni. Dulu waktu mula-mula berubah, bertudung litup persis ustazah. Tapi sekejap saja, tiba-tiba sekarang tudung dah nampak dada, pakaian ketat sini sana. Ops!-KO

[VIDEO] Pelakon Abby Abadi Muat Naik Video TikTok Bersama Anak Gadisnya, Peminat ‘Confuse’ Ingatkan Adik Beradik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker