Pilih gadis muda agenda DAP Johor

Pilih gadis muda agenda DAP Johor

Pilih gadis muda agenda DAP Johor

JOHOR BAHRU: Hasrat menjadikan DAP sebagai parti pilihan golongan muda dan wanita khususnya di negeri ini menjadi antara lima agenda yang digariskan parti tersebut di samping persediaan menghadapi pilihan raya.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, DAP Johor kini bergerak ke arah menjadi parti pilihan utama golongan itu yang telah terbukti dalam pemilihan parti baru-baru ini di mana lima pemimpin wanita dipilih oleh akar umbi untuk menganggotai satu pertiga jawatankuasa negeri.

Malah, ujar beliau, DAP Johor juga bangga mempunyai tiga daripada lima Ahli Parlimen dan tujuh daripada 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berumur bawah 40 tahun yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Usaha menumpukan kepada anak muda dan wanita bukan sahaja akan diteruskan sehingga PRU-15, malah akan menjadi salah satu agenda utama pasca PRU-15. Di samping itu, kita turut mahu merealisasikan DAP sebagai wadah pelbagai kaum sejak ditubuhkan 55 tahun lalu sebagai salah satu daripada lima agenda itu.

“Pendekatan inklusif ini telah menjadikan DAP sebagai parti pilihan untuk semua rakyat, khususnya sejak 2008. Lebih banyak usaha diperlukan untuk meluaskan matlamat ini dengan semangat muhibah dan amalan ‘Demokratik. Adil. Peduli’, DAP mampu menjadi wadah untuk semua Bangsa Johor dan anak Malaysia dalam masa terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Penyelaras Agenda Baharu DAP Johor

Mengulas lanjut, ADUN Paloh yang dilantik sebagai Penyelaras Agenda Baharu DAP Johor itu berkata, tiga lagi agenda utama yang dirangka adalah membuat persiapan menghadapi PRU-15 merangkumi persediaan jentera, petugas pilihan raya, gerak kerja akar umbi dan strategi kempen.

“DAP juga menyasarkan untuk menambah bilangan kerusi DUN dan Parlimen menerusi proses perundingan bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Johor dengan menjadikan formula ‘boleh menang’ sebagai pertimbangan utama.

“Kita juga menetapkan agenda membuat persiapan untuk mentadbir kerajaan berdasarkan pengalaman, kemampuan, kecekapan dan keberkesanan ahli-ahli Parlimen, ADUN, mantan ahli-ahli majlis, ketua kampung serta masyarakat akar umbi DAP Johor yang telah terbukti sepanjang tempoh PH menjadi kerajaan,” katanya.

Tambah Sheikh Umar, agenda yang turut akan dibincangkan termasuklah melaksanakan transformasi parti dengan mengambil konsep daripada sebuah kedai runcit kepada sebuah pasar raya besar selaras DAP yang bukan lagi parti kecil dan hanya tahu membangkang

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH

Kata beliau, DAP kini merupakan sebuah parti arus perdana yang kini dalam proses meningkatkan kemampuannya untuk mengendalikan organisasi dan gerak kerja dengan lebih berkesan khususnya di Johor.

“DAP Johor akan meningkatkan kemampuan dalam pengurusan digital dan media baharu bagi memastikan urusan parti bergerak dengan lebih pantas dan efisien sebagai sebuah organisasi tersusun.

“Kita akan terus meningkatkan usaha pemerkasaan parti melalui retreat, latihan dan kursus supaya lebih bersedia mentadbir kerajaan yang mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat, tidak terperangkap dalam diskriminasi amalan ‘antara dua darjat’ dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran politik dan pentadbiran,” katanya. – UTUSAN

Pilih gadis muda agenda DAP Johor

Masih popularkah Muhyiddin selepas lebih setahun jadi PM?


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Najib: Kerajaan PN masih belum tersedar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker