Lelaki Ini Kene Sound Direct “Sila Berangkat Ke India, Sembang Kari”- PU Syed [VIDEO]

Lelaki Ini Kene Sound Direct “Sila Berangkat Ke India, Sembang Kari”- PU Syed [VIDEO]

Baru-baru ini tular sebuah video dari seorang individu beragama Hindu meluahkan rasa bimbang jika Negara Malaysia masuk ke dalam daftar target serangan Israel. Ini kerana, rata-rata rakyat Malaysia, lagi-lagi umat Islam menentang kekejaman Israel terhadap Palestin.

Individu ini juga mempersoalkan persediaan aset  Sistem Pertahanan Negara dalam  jika Malaysia diserang Israel. Lihat video di bawah.



Video tersebut dilihat mengundang kemarahan rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam. Sementara itu, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi Instagramnya berkongsi video dan membidas kenyataan individu ini.

Juara Pencetus Ummah Musim Ke3 ini menjelaskan, tidak menghairankan jika Malaysia sebagai negara Islam ,  menyokong negara Islam yang dizalimi.



“Sila berangkat ke India, sembang kari. Sebab di sana Negara asalmu mmg menyokong penuh Israel. Covid pun terkawal katanya di sana.

Malaysia adalah sebuah negara Islam. Walaupun di dalamnya ada berbilang agama. Tapi agama rasmi adalah Islam. Jadi tidak perlu pelik bila Malaysia menyokong negara Islam lain yang dizalimi.”-tulisnya.

Menurut PU Syed, Tanah Melayu ini telah menyokong Palestin sebelum kedatangan bangsa lain yang berhijrah ke Malaysia lagi. Dia menambah bahawa di Palestin terdapat juga penduduknya beragama Kristian yang turut dizalimi Yahudi Zionis.

PU Syed menasihat individu ini serta umat beragama Hindu supaya tidak perlu bimbang dengan keselamatan di Malaysia jika diganggu oleh Israel.

“Kami umat Islam takkan tinggal diam. Bahkan jika hindu di Malaysia ini diganggu oleh Israel pun kami akan bantu kalian.

Jadi, kalian tak perlu risaulah, keselamatan di Malaysia ini InsyaAllah selamat untuk kaum kalian tinggal. Duduklah senyap-senyap dalam rumah jika takut sangat.”



 

Lelaki Ini Kene Sound Direct “Sila Berangkat Ke India, Sembang Kari”- PU Syed [VIDEO]


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker