Kim Jong Un Larang Pakai Seluar Jeans Ketat

Kim Jong Un Larang Pakai Seluar Jeans Ketat
Kim Jong Un Larang Pakai Seluar Jeans Ketat, Dakwa Fesyen Mampu Jatuhkan Rejim Komunis

Pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un difahamkan telah melarang penggunaan seluar jeans ketat dalam usaha terbaharunya bagi mengawal orang muda di negara terbabit daripada terpengaruh dengan budaya barat yang mampu menghancurkan rejimnya, lapor The Sun.

Dia yang sebelum ini telah memutuskan bahawa mereka yang berpakaian atau mengenakan gaya fesyen yang pelik akan dihantar ke kem buruh. Manakala gaya rambut yang lain daripada yang lain dan seluar jeans ketat dengan corak koyak di lutut adalah tanda gaya hidup kapitalis, katanya.

The Sun yang memetik laporan media Korea Utara mendakwa bahawa Parti Pekerja telah mengeluarkan arahan secara senyap agar fesyen atau barang-barang seperti itu dielakkan daripada diguna kerana mampu untuk meruntuhkan sifat kenegaraan.

“Sejarah mengajar kita pelajaran penting bahawa sebuah negara mampu menjadi rentan dan akhirnya runtuh seperti tembok yang lembap tanpa mengira kekuatan ekonomi dan pertahanannya jika kita tidak berpegang pada gaya hidup kita sendiri.

“Kita harus berhati-hati dengan gaya hidup kapitalis dan berjuang untuk menyingkirkannya,” lapor kenyataan terbabit.

Difahamkan bahawa rambut yang diwarnakan dan bertindik di mana-mana anggota badan juga tidak boleh diterima. Kim juga menitikberatkan gaya rambut sederhana dan melarang sebarang gaya rambut yang ‘tidak sosialis’.

Dalam perkembangan yang lain, para penganalisis menuduh Korea Utara mempunyai lebih dari 60 peluru berpandu jenis nuklear. Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan bahawa program nuklear Korea Utara adalah “ancaman serius terhadap keselamatan Amerika dan keselamatan dunia”. Vc

Kim Jong Un Larang Pakai Seluar Jeans Ketat, Dakwa Fesyen Mampu Jatuhkan Rejim Komunis


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Usaha ‘berdamai’ Biden ditolak Korea Utara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker