Sahabat tapi bukan gabungan?

Sahabat tapi bukan gabungan

Sahabat tapi bukan gabungan

Parti Bersatu Sabah (PBS) menegaskan persahabatan parti itu dengan Parti Warsian Sabah (Warsian) bukan bererti membentuk satu gabungan baru.

Presiden PBS, Maximus Ongkili, berkata PBS sebagai tunggak utama kerajaan Sabah tidak akan sesekali bertindak meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu menjelaskan kenyataannya baru-baru ini telah disalah tafsir oleh beberapa pihak, malahan ada yang sengaja memutarbelit fakta bagi menimbulkan kekeliruan.

“Tujuan saya sebenarnya adalah untuk menyatakan keterbukaan PBS terhadap parti pembangkang, termasuklah parti Warisan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mencapai pembangunan bersama demi kebaikan Sabah dan rakyatnya.

“Kenyataan saya itu tidak lebih dari sekadar menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama. Lagi pun, Warisan yang terlebih dahulu menyatakan hasrat untuk menjalin persahabatan dan kerjasama, dan presiden mereka telah menyatakan hasrat beliau pada bulan Ramadan, iaitu bulan untuk merapatkan hubungan persahabatan.

6 tips Tentera Bawang Malaysia, elak kena godam dengan Israel

“Jadi wajarlah bagi PBS untuk memberikan isyarat yang serupa demi mengukuhkan hubungan politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 13 Mei lalu, PBS menyatakan yang parti itu sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana parti di negeri itu termasuk pembangkang demi kepentingan rakyat Sabah.

Ongkili berkata PBS sentiasa mengalu-alukan rakan politik yang berhasrat berkongsi aspirasi parti itu untuk menjadikan negeri itu tempat yang lebih baik untuk rakyatnya.

Kenyataan Ongkili itu sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Warisan, Shafie Apdal yang menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan PBS jika diberi peluang.

Bagaimanapun pada 17 Mei lalu, GRS menafikan spekulasi pertukaran kerajaan di negeri itu susulan kenyataan dua pemimpin itu.

Semalam, dilaporkan bahawa Umno Sabah yakin bahawa PBS akan terus kekal dalam GRS mempertahankan mandat rakyat.

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin bagaimanapun tidak menafikan wujud sedikit rasa tidak puas hati PBS dalam GRS.

Sahabat tapi bukan gabungan

KJ meroyan setiap kali saya persoal kadar vaksinasi rendah, kata Najib

Sementara itu, Ongkili memaklumkan yang dia dan beberapa pemimpin PBS mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Hajiji Noor menyatakan komitmen PBS terhadap kerajaan negeri Sabah.

“Semasa kunjungan hormat, kami telah menyentuh banyak isu mengenai GRS, hal-hal kerajaan negeri dan pentadbiran, terutama mengenai Covid-19 dan ekonomi.

“Kami turut meyakinkan Hajiji bahawa PBS sentiasa memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Ketua Menteri, manakala jentera parti sedang giat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan pembangunan dan strategi Sabah Maju Jaya,” kata Ongkili lagi.

Kunjungan hormat sempena hari raya selama dua jam kepada Hajiji, turut disertai oleh tiga Timbalan Presiden PBS Radin Malleh, Jahid Jahim dan Yee Moh Chai serta Naib Presiden Joachim Gunsalam dan Setiausaha Agung Joniston Bangkuai, semalam.

Mahathir setuju laksana PKP semula


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker