Resepi spaghetti olio ayam

Resepi spaghetti olio ayam
Resepi spaghetti olio ayam

Tak tahu nak masak apa? Kali ini apa kata ubah selera dan cuba resepi spaghetti olio ayam yang sedap dan mudah ini. Memang sedap!

BAHAN:

150 gm spaghetti – rebus
60 gm isi ayam
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 tangkai cili merah – hiris halus
3 tangkai cili padi – hiris halus
4 biji buah zaitun hitam – potong nipis
4 biji tomato ceri – potong kecil
1 sudu besar keju parmesan
2 sudu besar mentega
50 ml air
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun

CARA

1.Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan cili merah, cili api, buah zaitun hitam dan tomato ceri.

2.Masukkan pula ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

3.Selepas itu, masukkan spaghetti dan tambah sedikit air.

4.Masukkan mentega dan gaul sebati sehingga masak. Akhir sekali taburkan sedikit keju parmesan di atas dan sedia dihidang.

Resepi: Rizamudin Mugeni

Resepi spaghetti olio ayam


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ini Cara Hasilkan Puri Tomato Homemade Dan Chicken Bolognese Yang Simple & Sedap

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker