Pelancongan Pangkor kini ‘berhantu’
Pelancongan Pangkor kini ‘berhantu’
LUMUT: Persatuan Hotel dan Resort Pulau Pangkor merayu kerajaan melakukan sesuatu termasuk pemberian subsidi terhadap sektor pelancongan khususnya di Pulau Pangkor yang kini lumpuh kerana ketiadaan pelancong berikutan pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusinya, Mohd. Zamzuri Suid, berkata kerajaan patut sensitif dan melakukan perancangan strategik serta kaedah membantu industri pelancongan sebelum mereka terpaksa gulung tikar sepenuhnya.
Menurutnya, jika tiada pelancong bermakna penggiat industri pelancongan khususnya pengusaha hotel dan resort di pulau tersebut tiada pendapatan, jadi sukar bagi mereka untuk kekal dalam perniagaan itu.
Baca Artikel Menarik
- MatDon lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU NET
“Pelancongan Pulau Pangkor lumpuh akibat PKP, justeru diharap kerajaan dapat membantu terutama dalam pembayaran gaji staff, jika tidak, staf tiada pendapatan.
“Kebanyakan syarikat di Pulau Pangkor telah gulung tikar dan yang sedia ada hanya menunggu masa, seperti air sudah berada di paras hidung.
“Oleh itu, kami merayu kerajaan dapat memberi bantuan subsidi terutama daripada segi kos operasi yang nazak serta gaji pekerja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Pelancongan Pangkor kini ‘berhantu’
Baca Artikel Menarik
- MatDon lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU NET