Netizen lancar perang psikologi ‘lawan’ Israel
Netizen lancar perang psikologi ‘lawan’ Israel. Rakyat Malaysia dilihat telah mula menggunakan pendekatan psikologi terbalik menerusi tanda pagar #IStandWithIsrael yang mendedahkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Perkataan tersebut menjadi sohor kini di laman Twitter hari ini dan diulang ciap lebih 37,000 kali oleh pengguna media sosial tersebut.
Menerusi tanda pagar itu netizen berkongsi pelbagai maklumat seperti gambar, lakaran karikatur dan poster yang mengisahkan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis berhubung isu penjarahan Palestin.
Pemilik akaun @GadisKecil menulis, “Sebelum anda bersemangat utuk mengatakan #IstandWithIsrael fikir baik-baik adakah anda akan bersama-sama dengan orang yang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan turut mengebom rumah mereka?,” komennya yang mendapat tanda suka lebih 1,000 kali.
“Sebuah negara yang indah dan damai. Mak kau hijau #IStandWithIsrael,” ciap seorang pengguna menggunakan akaun bernama Hariz Noriman.
Selain itu tanda pagar perkataan #VisitIsrael dan #IsraelTourism turut mempunyai matlamat serupa yang bertujuan menyebarkan sebanyak mungkin mesej kesedaran sekali gus membuka mata masyarakat dunia berhubung keganasan tentera Israel. K Online
Netizen lancar perang psikologi ‘lawan’ Israel
Baca Artikel Menarik
- MatDon lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU NET
6 tips Tentera Bawang Malaysia, elak kena godam dengan Israel
You must be logged in to post a comment.