Lelaki Ini Dedah Punca Ramai Bangsa Cina Di Alor Setar Positif COVID-19
Lelaki Ini Dedah Punca Ramai Bangsa Cina Di Alor Setar Positif COVID-19
Sekitar 16 Februari 2021, kerajaan telah membenarkan pusat peranginan dan perjudian kasino Resort World Genting (Resort World), Pahang beroperasi semula dengan pematuhan SOP yang ketat.
Melegakan juga apabila kerajaan telah membenarkan aktiviti pelancongan antara negeri ke negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) melalui agensi pelancongan yang berdaftar bermula pada 9 Mac lalu.
Namun, kelonggaran ini telah disalahguna oleh pihak Resort World Genting. Terbaharu, rombongan bas dari Alor Setar, Kedah ke pusat peranginan Resort World Genting, Pahang pada pertengahan April lalu telah mencetuskan kluster COVID-19 setelah didapati ada peserta rombongan yang positif virus ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Mohd Hayati Othman berkata, terdapat peserta rombongan yang disahkan positif COVID-19 pada 30 April lalu setelah menaiki bas pelancongan secara beramai-ramai menuju ke pusat peranginan tersebut.
“Rata-rata mereka yang positif COVID-19 ini merupakan penduduk Taman Lengkuas, Simpang Empat. Jadi, kes positif berkenaan diletak di bawah Kluster Dah Lengkuas.
“Selepas pulang, ada peserta rombongan yang melakukan saringan COVID-19 dan pada peringkat awal seramai tujuh individu telah positif. Ini menyebabkan usaha mengesan kontak rapat terus dilakukan,” katanya kepada Harian Metro.
Setakat 7 Mei lalu, seramai 16 individu disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan dilakukan ke atas 28 peserta rombongan tersebut.
Resort Genting World telah menawarkan
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Khai Beng Tan mendakwa pihak Resort Genting World telah menawarkan pakej percutian ulang-alik, tempat tinggal, dan makan secara percuma asalkan pengunjung yang datang ke situ diwajibkan bermain kasino sekurang-kurangnya RM200, memetik untaian ciapan oleh pengguna Twitter @NikitaNikAziz.
“Ramai orang Cina yang pergi dan ini merupakan sebab mengapa majoriti bangsa Cina yang kena COVID di Alor Setar.
“Daripada empat bas, tiga bas penuh semuanya kena COVID dan tersebar pada ahli keluarga, di pasar dan semua tempat.
“Kita tuduh Melayu pergi pasar malam cetus kluster tetapi kita sendiri yang berhimpit-himpit dalam bas sekurang-kurangnya 13 jam hanya sebab mahu berjudi, malulah Cina,” jelas Khai Beng Tan menerusi tangkapan layar yang dikongsikan oleh @NikitaNikAziz.
Berikutan kisah ini mulai tular, ia menjadi persoalan daripada kalangan netizen selepas mereka membandingkan sekiranya dahulu Kluster Pehimpunan Sri Petaling boleh dinamakan, kenapa dalam kes ini pihak berkuasa tempatan tidak melabelkan sebagai Kluster Judi Genting?
Namun, apa yang pasti perkara ini telah mencetuskan kemarahan rakyat. Bukan menuduh atau memfitnah tetapi pihak kerajaan sepertinya tidak telus mendedahkan Kluster COVID-19.
Begitu juga pihak pengurusan pusat kasino tersebut yang nampak seperti mahu menjaga imej dan nama baik Resort World Genting dengan menutup cerita mengenai kes jangkitan COVID-19 yang menular melibatkan rombongan bas dari Alor Setar yang datang ke situ untuk berjudi.-TVC
Lelaki Ini Dedah Punca Ramai Bangsa Cina Di Alor Setar Positif COVID-19
Baca Artikel Menarik
- Mat Don lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU NET
KJ sahkan pekerja hotel di Pahang, termasuk Genting, sudah divaksin
You must be logged in to post a comment.