Surat Albert Einstein Kepada Zionis Setelah Kejadian Pembunuhan Orang Arab Di Deir Yassin



Sebaran :

Surat Albert Einstein Kepada Zionis Setelah Kejadian Pembunuhan Orang Arab Di Deir Yassin
Surat Albert Einstein Kepada Zionis Setelah Kejadian Pembunuhan Orang Arab Di Deir Yassin.  satu cara fikir terbaik dalam sejarah adalah apabila seorang ahli fizik yang hebat dan berketurunan Yahudi, Albert Einstein mengkritik pembinaan negara Israel oleh pengganas Zionis dan menyebutnya sebagai kemungkinan malapetaka yang bakal menimpa orang Yahudi di masa hadapan.

Kebanyakan kumpulan Yahudi yang percaya kepada pegangan agama Yahudi Ortodoks juga menyuarakan rasa yang sama dengan pembinaan negara haram Israel dan menganggap Zionisme sebagai anti-semitisme.

Pada 9 April 1948, sebulan sebelum Israel mengisytiharkan kemerdekaan setelah pembunuhan orang Arab di Deir Yassin oleh pengganas Stern Gang atau Lohamei Herut Yisrael (LEHI) yang berjuang untuk kebebasan Israel.



Shepard Rifkin, ketua Zionis di Amerika Syarikat yang berpusat di New York telah menulis surat kepada Einstein dengan harapan gerakannya akan memperoleh sokongan daripada kumpulan bijak pandai.

Namun, apa yang Shepard Rifkin tidak tahu adalah anggapannya bahawa Einstein akan bersetuju dengan ‘cara’ Israel meraih kemerdekaan ternyata salah.

Di dalam surat yang ditulis oleh Einstein kepada Shepard Rifkin. Ahli fizik tersohor dunia itu dengan jelas menyebut bahawa dia menganggap Zionis adalah pengganas yang bakal memberi kesan buruk kepada orang Yahudi pada masa akan datang.



“Apabila bencana yang nyata dan terakhir akan menimpa kita di Palestin, yang pertama bertanggungjawab terhadapnya adalah British dan yang kedua bertanggungjawab terhadapnya adalah organisasi pengganas yang dibina dari barisan kita sendiri.

“Saya tidak rela melihat orang yang dikaitkan dengan mereka yang sesat dan penjenayah,” katanya kepada Shepard Rifkin dalam surat yang bertarikh 10 April 1948.

Gerakan yang diketuai oleh Shepard Rifkin atau kumpulan pengganas Zionis ini telah mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat dan sebahagian daripada sokongan kewangan juga datang daripada negara terbabit.



Selain daripada mahu mendapatkan sokongan Einstein, surat Shepard Rifkin juga sebenarnya bertujuan untuk membantu organisasinya mengumpulkan wang untuk membeli senjata bagi mengusir orang Arab dan membantu mewujudkan sebuah negara Yahudi.

Untuk rekod, surat satu halaman Einstein dilelong di Sotheby’s pada 21 Jun 2007. Surat itu dibeli oleh Daniel McGowan, pengarah eksekutif Deir Yassin Remembered, dengan harga $ 8,500 ditambah komisen $ 1,700 dan penghantaran $ 175. Vc

Surat Albert Einstein Kepada Zionis Setelah Kejadian Pembunuhan Orang Arab Di Deir Yassin

Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT

Kerajaan pimpinan Muhyiddin berada di ‘Lembah Kegilaan’ – Anwar Ibrahim


Sebaran :


Leave a Reply