Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19


Perniagaan asam laksa terkenal di Air Itam di Pulau Pinang yang diletakkan oleh CNN di tempat ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia, beroperasi buat hari terakhir hari ini.

Gerai yang dibuka sejak tahun 1955 itu tidak akan beroperasi lagi mulai esok.

Ia mungkin bukan penutupan kekal tetapi pemiliknya, Ang Kak Seong, 72, berkata dia terpaksa menutup kedai kerana gangguan dari pemungut hutang yang melibatkan anak sulungnya, selain akibat dan wabak Covid-19.

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diperkenalkan bagi membendung penularan Covid-19 menyukarkan bukan saja Ang, tapi bagi kebanyakan penjaja di Pulau Pinang.

Dalam keterdesakan, Ang sebelum ini meminta pertolongan daripada Adun Air Itam, Joseph Ng, dengan mengatakan bahawa dia dan keluarganya, membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan anak sulungnya Ang Kat Foo, 47, kerana gangguan berterusan dari pemungut hutang.

“Anaknya berulang kali gagal membayar banyak hutang, jadi pemiutang pergi ke gerai laksa untuk mengumpulkan wang beberapa kali.

“Ang tidak dapat membayar hutang anaknya sehingga seluruh keluarga, termasuk isteri dan anak perempuannya, membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan anak sulungnya,” kata Ng menerusi satu kenyataan.

Sejak itu, anak lelaki Ang hilang dan keluarga itu tidak berhubung dengannya selama berbulan-bulan.

“Ang berharap agar pemiutang tidak datang untuk mengganggunya lagi,” tambah Ng.

Sejak menyatakan bahawa dia akan tutup kedai esok, pelanggan setia Ang berbaris di jalan untuk menikmati mangkuk laksa kegemaran mereka buat kali terakhir.

Walaupun menghadapi masalah, Ang sentiasa berterima kasih atas sokongan kepada mereka selama bertahun-tahun dan berterima kasih kepada jiran lamanya yang telah menyokongnya untuk membolehkan kedai laksa Air Itam bertahan lebih setengah abad.

“Ang juga mengucapkan terima kasih kepada media dari laporan dan dukungan mereka, terima kasih atas pendedahan mereka selama bertahun-tahun, sehingga gerai kecil mereka dapat ditampilkan di media antarabangsa,” kata Ng.

“Tutup sementara adalah keputusan yang sukar dan menyakitkan, tetapi Ang berharap agar semua orang dapat memahami kepayahan dan penderitaannya,” tambah Ng.

Dia menyatakan harapan agar Ang berehat sebentar, dan mempertimbangkan untuk membuka semula kedainya dalam waktu terdekat.

“Kesan perintah kawalan pergerakan telah menyukarkan kehidupan peniaga, termasuk kepada Ang,” katanya. Mk

Anak kaki judi hutang ah long, rumah ‘orang tua’ dibaling bom molotov

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker