New York dibanjiri penunjuk perasaan anti Israel


NEW YORK: Penduduk bandaraya New York berhimpun di jalan raya sekitar pusat bandar Manhattan sebagai membantah serangan udara Israel di Gaza, lapor Sputnik.

Ratusan penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memakai selempang ‘keffiyeh, berhimpun di hadapan Konsulat Jeneral Israel di New York semalam.

“Dari sungai ke laut – Palestin akan bebas,” teriak seorang ketua penunjuk perasaan. Mereka membawa bersama pelbagai jenis sepanduk antaranya ‘Berhenti bom kanak-kanak tidak bersalah’, ‘Bebaskan Palestin’, ‘Palestine will never die’, ‘Tamatkan semua bantuan AS kepada Israel’.

Turut kelihatan ramai anggota polis di sekitar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang terletak tidak jauh dari lokasi tunjuk perasaan.

Seorang pengawal keselamatan berkata, kawalan diperketat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan penunjuk perasaan akan menyerbu bangunan PBB.

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dikritik hebat, termasuk Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, kerana gagal mengadakan gencatan senjata di Asia Barat.

Selepas tiga kali mesyuarat dalam masa seminggu, Majlis Keselamatan PBB masih dilihat gagal memainkan peranannya apabila AS terus menyekat kenyataan berhubung keganasan di Gaza.

Pertempuran terbaru meletus minggu lalu berikutan keganasan melampau rejim Israel terhadap penduduk Palestin di wilayah diduduki. – BERNAMA

Israel kalah dalam perang di TikTok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker