Semua negeri boleh mendapatkan vaksin yang diluluskan sendiri – KJ
PETALING JAYA: Semua negeri dibenar mendapatkan vaksin mereka sendiri, selagi ia disetujui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kata Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, negeri tertentu seperti Selangor memperoleh vaksin dari syarikat farmasi sama dengan Putrajaya untuk program vaksinasi itu.
“Berdasarkan syarat perjanjian di antara kerajaan persekutuan dengan syarikat pengeluar vaksin berkenaan, pembekalan stok vaksin yang ditempah perlu dan akan didahulukan kepada kerajaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ini bagi memastikan PICK boleh dilaksanakan sebelum bekalan vaksin dapat disalurkan syarikat farmaseutikal kepada pihak lain, termasuk kerajaan negeri, pemain industri atau hospital swasta.
Kenyataannya menyusul pendedahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang kerajaan negeri itu ditawarkan dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma, tetapi Putrajaya tidak membenarkan mereka menggunakan vaksin itu.
‘Selamatkan Palestin!’ – Paris Hilton zahir sokongan menentang Israel
Chow berkata, pihaknya menulis surat kepada Kementerian Kesihatan Februari lalu, ketika tawaran vaksin itu pertama kali dibuat, tetapi KKM menolaknya.
Khairy berkata, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) juga mengalu-alukan sebarang usaha mana-mana pihak yang ingin membantu PICK dengan menyumbang bekalan dos vaksin kepada PICK atau negeri, dengan syarat vaksin yang akan disumbangkan itu mendapat kelulusan NPRA.
“Buat masa ini, tiga vaksin yang mendapat kelulusan NPRA adalah Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.”
Mengenai laporan Putrajaya merampas sumbangan 200,000 vaksin Sinovac dari Yayasan Sekhar, beliau berkata, pemeriksaan dengan Pharmaniaga dan rakan sejawatan dari China mendapati tiada dokumen rasmi mengenai permintaan atau pembelian dari yayasan itu.
Katanya, sebuah jawatankuasa pakar sedang menilai kesesuaian untuk memanjangkan jangka masa antara dos vaksin, selepas Singapura mengumumkan ia sedang mengkaji cadangan itu untuk membolehkan lebih ramai orang mendapatkan suntikan pertama mereka lebih awal.
Mengenai kesesakan di pusat vaksinasi, beliau menasihati mereka yang sudah mendaftar tidak datang terlalu awal untuk janji temu mereka untuk mengelakkan kesesakan.
Baca Artikel Menarik
- ‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi
- Resepi Mini Chicken Pot Pie
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Cuba lari dari pusat kuarantin, bila ‘kantoi’ beri alasan nak beli rokok
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.