COVID-19: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kritikal di PPUM


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang disahkan positif COVID-19 dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), lapor Sinar Harian.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan memaklumkan keadaan terkini timbalan pengerusi tetap UMNO itu adalah benar.

“Maklumat tentang Datuk Seri Rizuan Abd Hamid kena COVID-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar,” katanya.

Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai maklumat mengenai keadaan kesihatan isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad yang menerima rawatan di ICU pusat perubatan yang sama.

Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong disahkan dijangkiti COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari sama. Bernama

Covid-19: Jumlah pesakit muda dan kritikal meningkat – Dr Adham

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker