Malaysia, Indonesia, Brunei seru gencatan senjata Israel-Hamas

Malaysia, Indonesia, Brunei seru gencatan senjata Israel-Hamas

PETALING JAYA: Malaysia, Indonesia, dan Brunei menyeru agar gencatan senjata antara Israel dan Hamas diadakan, selain meredakan situasi yang telah mengakibatkan ramai orang awam tercedera, malah terbunuh.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan ketua tiga negara ini turut menyeru badan antarabangsa untuk memantau gencatan senjata berkenaan, selain mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera.

Sementara itu, sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia menggesa Putrajaya agar membatalkan sokongan terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

Penyelesaian dua negara itu adalah sebahagian daripada kenyataan bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Para pemimpin tersebut mendesak komuniti global agar mengekalkan keazaman dalam komitmen mereka untuk melindungi penyelesaian dua negara tersebut bagi “mencapai Negara Palestin yang merdeka”.

Penyelesaian dua negara satu kegagalan yang jelas: PPMM

Menuntut kewujudan bersama Israel dan Palestin

Penyelesaian dua negara itu menuntut kewujudan bersama Israel dan Palestin, berdasarkan sempadan yang ditetapkan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Bagaimanapun, sekumpulan 31 NGO Islam berkata, Putrajaya patut menyemak semula dasarnya berkenaan Israel, dan membatalkan sokongan terhadap penyelesaian tersebut.

Ini kerana penyelesaian sebegitu tidak lagi boleh dilaksanakan ekoran tindakan dan dasar Israel terhadap rakyat Palestin yang menyerupai amalan aparteid.

Kenyataan bersama Malaysia, Indonesia dan Brunei itu mengutuk serangan Israel terhadap orang awam, dan menggesa Majlis Keselamatan PBB bertindak segera untuk menjamin keselamatan dan perlindungan orang awam Palestin di seluruh wilayah yang dijajah.

Ketiga-tiga pemimpin negara itu juga menyeru agar sebuah Persidangan Agung PBB khas diadakan untuk membuat resolusi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Kumpulan NGO Islam berkata tiga badan antarabangsa, termasuk Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat, telah mengiktiraf Israel sebagai negara yang mengamalkan aparteid.

Malaysia, Indonesia, Brunei seru gencatan senjata Israel-Hamas

Sekolah satu aliran sukar dilaksana kerana bantahan keras bukan Melayu

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker