Serangan paling kejam Israel

Sebaran :

Serangan paling kejam Israel bunuh 12 wanita, 8 kanak-kanak

Serangan paling kejam Israel bunuh 12 wanita, 8 kanak-kanak

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Genting Gaza hari ini yang turut meranapkan tiga buah bangunan, kata pasukan perubatan.

Serangan tunggal itu adalah yang paling berdarah sejak pertempuran sengit tercetus antara Israel dan pergerakan Hamas sejak seminggu lalu.

Akhbar New York Daily News melaporkan seorang anggota penyelamat menjerit ke arah sebuah lubang dalam timbunan runtuhan.



“Awak boleh mendengar saya? Awak OK?,” manakala beberapa minit kemudian anggota-anggota penyelamat berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang masih hidup dan meletakkannya di atas usungan.

Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan, 12 wanita dan lapan kanak-kanak antara yang terkorban.

Seramai 50 orang turut cedera dalam serangan kejam itu. Agensi


Serangan paling kejam Israel bunuh 12 wanita, 8 kanak-kanak


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Pejabat Al-Jazeera dan AP di Gaza runtuh dibedil Israel

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT



Sebaran :

Leave a Reply