Tiada kawan, musuh kekal dalam politik – Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak, membayangkan dirinya terbuka kepada kerjasama dengan sesiapa, asalkan untuk kepentingan negara dan rakyat.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kesediaan  bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada masa depan.

“Seperti yang anda tahu, ada istilah, ‘dalam politik tiada kawan atau musuh kekal’. Saya percaya istilah ini benar, dan ia juga merujuk kepada pihak sebelah sana,” kata Najib tanpa menghurai lanjut. .

“Anda bertanya saya mengenai persoalan ini, tetapi (hakikat ialah) siapa yang jangkakan Dr Mahathir (Mohamad) dan Anwar akan bergabung. Ini sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, (begitu juga) dengan Mahathir menerima DAP dalam kerajaan (Pakatan Harapan).

“Jadi, jika anda bercakap mengenai penjajaran baru kerjasama politik, itulah kemuncaknya,” kata Najib yang juga bekas presiden Umno, kepada portal Vibes.



Bagaimanapun Najib berkata, apabila seseorang seperti Mahathir dan dan Anwar bergabung dan kemudiannya Mahathir dan DAP mengikat kerjasama, muafakat itu tidak akan bertahan lama.

Beliau berkata, walaupun ahli politik mesti bingkas bertindak apabila “nampak peluang”, namun kestabilan politik hanya boleh dicapai sekiranya pihak yang terlibat saling mempercayai.

“Anda harus mempercayai satu sama lain. Jika anda saling percaya, hubungan itu akan berkekalkan,” kata Najib kepada portal itu.

Ketika ditanya sama ada beliau mempercayai Anwar untuk mengadakan kerjasama politik dengan ketua pembangkang itu, Najib sekadar berkata, semua orang harus mempertimbangkan segala kemungkinan.



Penyelesaian dua negara: Muhyiddin khianat rakyat Palestin

“Saya mahukan orang yang berfikir fasal negara. Saya tidak melihat dari sudut individu. Saya mahu lihat apakah agenda anda untuk negara dan sama ada kita boleh bekerjasama dengan sesiapa (lain) demi negara.

“Segalanya harus berpaksikan kepentingan negara dan rakyat. Itu harus diberikan keutamaan lebih daripada segala yang lain,” kata Najib.



Najib turut menasihati Umno supaya bersifat terbuka dalam mengatur langkah parti itu di tengah-tengah percaturan baharu politik negara.

“Saya sentiasa berfikir bahawa lambat laun pilihan raya umum adalah penyelesaian terbaik untuk negara. Biar rakyat yang menentukan,” katanya.

“Saya percaya mandat harus dikembalikan kepada rakyat. Jika PRU tidak boleh diadakan, maka kita harus menimbangkan pilihan lain.

“Matlamat utama adalah memastikan Malaysia mempunyai tadbir urus yang baik dan berada di landasan betul,” kata Najib.



Katanya, pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disokong Umno pada tahun lalu bukan untuk keuntungan politik sendiri, sebaliknya demi kelangsungan negara setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal melaksanakan amanah rakyat.

Jika Pas-Bersatu boleh, kenapa UMNO-PKR tidak boleh?

“Ia bukan untuk kepentingan diri, tetapi (kerana) ramai orang mahukan perubahan, negara memerlukan perubahan.



“Sebagai seorang yang setia kepada parti (Umno), dan ini keputusan parti, saya mengikut keputusan parti,” kata Najib.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin kini dilaporkan goyah selepas Umno mengambil keputusan tidak lagi akan bekerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin pada PRU15.

Pemimpin kanan Umno dan Najib sendiri kerap mengkritik dasar kerajan yang dilihat tidak mampu menangani pandemik Covid-19 atau kelembapan ekonomi negara.

Mengimbas rekod PH semasa menerajui negara, Najib menyifatkan kerajaan di bawah pimpinan Mahathir itu sebagai “tidak bermoral” kerana gagal menunaikan janjinya kepada rakyat dalam tempoh 22 bulan ia berkuasa.



“Umumnya rakyat menolak kerajaan PH dan ini terpancar dalam keputusan tujuh pilihan raya (yang menyaksikan PH kalah) dan BN memperolehi majoriti lebih besar,” kata Najib.

“Mereka gagal menunaikan janji kepada rakyat. Apabila mendapat kuasa, (PH) tergamak berkata, janji itu bukan kitab suci dan mereka berhak untuk tidak menunaikannya.

“Ini bagi saya, (merupakan) perbuatan tidak bermoral. Anda (PH) kena minta maaf kepada rakyat kerana tidak menunaikan janji dan berbohong kepada mereka,” kata Najib.

 

Kongres PKR terbuka bahas isu Audio Anwar-Zahid dan kerjasama UMNO – Saifuddin Nasution


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker