Sekolah satu aliran sukar dilaksana kerana bantahan keras bukan Melayu
Anak bangsa kita tak mampu dukung identiti nasional yang sama
Sistem sekolah satu aliran penting untuk pembentukan negara bangsa yang bersatu padu, khususnya dalam pendukungan identiti nasional yang sama oleh seluruh anak bangsa.
Justeru, tidak pelik apabila kepimpinan Singapura mengangkat sistem berkenaan meskipun dibantah kuat penduduk Cinanya.
Bagaimanapun dari satu sudut, ia dilihat sesuatu yang tidak mungkin terjadi di negara ini walaupun dalam jangka waktu panjang, apatah lagi pada waktu terdekat.
Ini susulan bantahan keras daripada etnik bukan Melayu yang mempertahankan pendidikan vernakular sebagai hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, selain tiadanya keberanian politik daripada mana-mana pihak yang menjadi kerajaan untuk mengadakannya.
Ekoran itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan, rakyat Malaysia tidak akan bersatu dalam erti kata pendukungan identiti nasional yang serupa.
Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’
“Ini kerana sistem pendidikan kita bukan sahaja membenar, malah menggalakkan pengasingan etnik berlaku pada usia yang cukup muda. Sewaktu tadika lagi anak-anak kita dipisah-pisahkan dan ini berterusan di sekolah rendah.
“Apabila kita mahu mencantumkan mereka di sekolah menengah, ianya tidak berlaku kerana polarisasi kaum sudah terjadi sebelum itu.
“Polarisasi ini berlanjutan ke peringkat universiti dan mantap di tempat kerja. Ianya jelas kelihatan apabila anak bangsa kita tidak mampu mendukung identiti nasional yang sama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Dari satu segi lain, Kok Seong berkata, realiti untuk mengadakan sekolah satu aliran ada, dengan adanya keputusan muktamad mahkamah yang mendapati kewujudan sekolah vernakular di negara ini adalah tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, apabila sudah diputuskan sebegitu, semua sekolah jenis kebangsaan yang berjumlah hampir 1,900 buah kini, perlu berubah menjadi sekolah kebangsaan.
“Justeru semua sekolah kita adalah sekolah kebangsaan sahaja,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, ketika menjawab tindakan guaman tiga pertubuhan, kerajaan berpendirian bahawa sekolah vernakular berhak wujud dalam sistem pendidikan.
Putrajaya dalam hujah pembelaan yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara kepada Mahkamah Tinggi bulan lepas berkata, Kementerian Pendidikan dan kerajaan berhujah sekolah kebangsaan Cina dan Tamil tidak bertentangan dengan Perlembagaan.
Pelik! Bilangan murid Cina menurun, tapi masih tuntut bina sekolah vernakular
Baca Artikel Menarik
- ‘Hari Nakbah Palestin’ – Malapetaka Besar Buat Umat Islam
- Resepi Grill Salmon Bersama Sos Putih
- Seleweng dana Aid4Palestine: Buat laporan jika ada bukti saya , kata anak Hadi
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia – Najib
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Isu SJKC: Mana Menteri Pendidikan? Apakah PN juga sokong vernakular