Rakyat Malaysia di Guantanamo: AS digesa tidak guna Covid-19 untuk tangguh perbicaraan

Dua suspek rakyat Malaysia antara 14 yang dikehendaki atas dakwaan terlibat dengan keganasan.

PETALING JAYA: Pakar antikeganasan tempatan menggesa Amerika Syarikat tidak menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan untuk menangguhkan perbicaraan dua rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Guantanamo kerana didakwa mempunyai kaitan dengan insiden pengeboman kelab malam di Bali pada 2002.

Ahmad El-Muhammady dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarbangsa (Instac) berkata, perbicaraan Mohd Farik Amin dan Mohammad Nazir Yep bersama-sama dalang warga Indonesia, Hambali, dijadual bermula pada 22 Februari, tetapi ditangguhkan dengan mahkamah menyebut wabak Covid-19 sebagai sebabnya.

Pejabat Suruhanjaya Tentera mengumumkan penangguhan itu tanpa menetapkan tarikh baharu, sementara hakim dilihat membayangkan bahawa perbicaraan itu bakal diadakan pada musim panas, iaitu antara Julai dan September.

“Saya percaya jika pentadbiran Presiden AS Joe Biden mempunyai keazaman politik yang kuat untuk meneruskannya (perbicaraan), mereka boleh berbuat demikian walaupun wujud cabaran susulan wabak Covid-19.

Pakar antikeganasan Ahmad El-Muhammady.

“Sebagai negara yang maju dari segi teknologi, tidak sukar bagi AS untuk melakukannya.

“Apa yang diperlukan ialah keazaman politik dan memberi keutamaan kepada perkara ini. AS menafikan hak mereka untuk mendapat perbicaraan yang adil selama hampir dua dekad. Kuncinya ialah keazaman politik,” katanya kepada FMT.

Kesetiaan Tok Mat membawanya ke jawatan No. 1

Merujuk kepada risiko kesihatan wabak Covid-19, hakim menangguhkan tanpa tarikh perbicaraan Hambali, yang dituduh mendalangi pengeboman di Bali pada 2002, sementara dua rakyat Malaysia terbabit didakwa mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.

Hambali, atau nama sebenarnya Encep Nurjaman, Nazir dan Farik sebelum ini dijadualkan dibicarakan pada 22 Februari di Stesen Tentera Laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba.

Menurut laporan, dalam penghakimannya, hakim menyebut bahawa kes itu berisiko kepada peguam serta kakitangan mahkamah dan rancangan untuk menginokulasi tahanan terbabit ditangguhkan.

Suspek didakwa mempunyai kaitan dengan insiden pengeboman di Bali yang menyaksikan 202 orang terbunuh serta kejadian serangan bom ke atas Hotel JW Marriot di Jakarta yang mengorbankan 12 yang lain.

Rakyat Malaysia itu juga dikaitkan dengan rancangan kumpulan al-Qaeda untuk merampas kapal terbang dan merempuh bangunan 73 tingkat, Library Tower/US Bank Tower di Los Angeles.

Mereka kini ditahan oleh AS di Kem Delta di Teluk Guantanamo.

Laporan juga memetik ketua antikeganasan Malaysia Normah Ishak yang mengalu-alukan langkah AS untuk mendakwa mereka dengan berkata, keadilan akan diperolehi hanya melalui perbicaraan di mahkamah.

Dah berbulan Sajat Hilang, Aliff Syukri Tak Sengaja Bagitahu dia Di Mana

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker