3 anggota bomba direnjat elektrik – Sabah
3 anggota bomba direnjat elektrik dalam kebakaran di kampung Sabah
KOTA KINABALU: Tiga anggota bomba direnjat elektrik ketika menyertai operasi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 30 rumah di Kampung Meruntun, Lok Kawi, Putatan, dekat sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Md Ali Ismail berkata, tiga anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu itu berada bawah pemerhatian, tetapi dalam keadaan stabil di hospital.
Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 5.40 petang hari ini, dengan beberapa jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikerahkan ke tempat kejadian.
Kepulan asap tebal boleh dilihat dari pusat bandar Kota Kinabalu, kira-kira 15km dari Putatan.
Sebahagian daripada rumah yang dijilat api.
“Ketika ini, usaha mengawal kebakaran masih dijalankan,” katanya, sambil menambah, tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Ali berkata, unit kebakaran dari kem tentera Lok Kawi berdekatan turut membantu usaha memadam kebakaran itu. FMT
3 anggota bomba direnjat elektrik dalam kebakaran di kampung Sabah
Baca Artikel Menarik
- ‘Hari Nakbah Palestin’ – Malapetaka Besar Buat Umat Islam
- Resepi Grill Salmon Bersama Sos Putih
- Seleweng dana Aid4Palestine: Buat laporan jika ada bukti saya , kata anak Hadi
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia – Najib
Layari Laman Facebook My KMU NeT