Scha Elinnea Nafi Dibela ‘Sugar Daddy’

Scha Elinnea Nafi Dibela ‘Sugar Daddy’. Berikutan perkongsian kejayaannya membeli sebuah kereta mewah baru-baru ini, pelakon Scha Elinnea telah menerima pelbagai komen negatif daripada netizen.

Memetik laporan mStar Online, pelakon berusia 21 tahun itu menerima DM menerusi Instagram yang menuduh dirinya menggunakan duit haram membeli kereta Mercedes-Benz bernilai hampir RM200,000.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa bintang drama Voice Note itu dibela oleh ‘sugar daddy’.

Guna duit haram beli kereta, ada sugar daddy

Bagaimanapun, pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen itu tampil membidas kenyataan netizen menafikan bahawa dia sama sekali tidak menggunakan duit haram seperti yang didakwa.

“Ada orang DM, hantar screen shot komen ‘dia ni mesti ada orang bela’. Cuba fikir sendiri, takkanlah tak boleh fikir, bulan Ramadan ini saya nak berikan duit haram kepada keluarga saya atau beli kereta guna duit haram.
“Saya takkan lakukannya. Tak kisah apa orang nak cakap. Buat apa nak kisah pun. Orang yang kenal saya saja tahu bagaimana susahnya saya mencari duit,” ujarnya kepada mStar.

Kerja keras kumpul duit sejak usia 15 tahun

Luahnya lagi, dia berasa bangga kerana dapat menggunakan duit yang disimpan sejak berumur 15 tahun untuk membeli kenderaan itu.

Mengakui dirinya berasal daripada keluarga sederhana, dia sebenarnya sudah mencari duit sejak umur 15 tahun dengan melakukan promosi produk di media sosial dan juga bekerja sebagai model.

“Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya. Apa saya nak saya sendiri kena usahakan. Ramai orang tak tahu saya sudah mula bekerja dari umur 15 tahun lagi sebagai model & reviewer produk,
“Setiap bulan mesti ada simpanan untuk mendapatkan impian saya iaitu memiliki kereta pada umur 21 tahun dan rumah sebelum usia 25 tahun..” akhiri Scha yang kini turut menceburi bidang perniagaan.

Terdahulu, Scha berkongsi beberapa keping gambar bersama kereta mewah milikinya itu di Instagram. Scha turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaiannya itu walaupun baru berusia 21 tahun-mSTAR

Scha Elinnea Nafi Dibela ‘Sugar Daddy’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


DJ Dave beli Alfa Romeo cengkeram RM50

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker