Resepi chocolate sponge cake flawless


Resepi chocolate sponge cake flawless. Senang dan enak dengan rasa coklat super kaw
Oleh Wanita -May 12, 2021016

Resepi chocolate sponge cake flawless perkongsian Jejaka Brownie ini cukup senang dan mudah untuk disediakan, namun hasilnya cukup terbaik. Menurut pemilik resepi, kek ini penuh rasa coklat yang cukup kaw, enak dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk dihidangkan sempena sambutan Aidilfitri nanti bersama keluarga.

Resepi chocolate sponge cake flawless

Bahan 1 :

Satukan semua dan pukul selama 10 minit dengan kelajuan maksimum

50 gm Tepung gandum

50 gm Serbuk Cocoa

50 gm Tepung jagung

1/2 sudu besar Baking powder

120 gm Gula kastor

60 gm Susu Full cream (cecair)

6 biji Telur C (A/B 5biji)

1 1/2 sudu besar Ovelate

1 sudu besar Esen Vanila

Garam secubit

Bahan 2 :

Masukkan akhir sekali selepas bahan 1 siap dipukul. Gunakan teknik kaup balik sahaja

60 gm Minyak Jagung / Minyak Masak

Cara :

1. Selepas adunan siap, tuangkan ke dalam loyang bersaiz 6 1/2″ – 7″.

2. Kemudian bakar pada suhu 160°. (Mengikut kesesuaian oven anda) selama satu jam atau sehingga masak.

3. Letakkan loyang di rak bawah dan bakar menggunakan api atas bawah.

Apa lagi, dapatkan bahan-bahan kek ini dengan segera. Jom buatkan untuk family. Lagi pun raya kali ini tak boleh bergerak bebas. Jadi duduk rumah cuba resepi baru ok.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Kek Marble Lembap

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker