Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
Masa Penyediaan: 10 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:5 orang
Resepi Terung Goreng Berlada yang paling mudah dan sangat sedap. Buat para penggemar terung, hidangan begini pasti membuka selera makan anda.
Untuk resepi ini kita gunakan cili merah dan juga cili padi yang segar kerana warna sambal akan jadi cantik dan rasanya sangat sedap dengan terung. Tapi jika tiada cili padi merah, cili padi yang hijau pun boleh juga. Cuma warnanya akan jadi kurang menarik.
Sebagai ganti kepada ikan bilis, anda boleh gunakan udang kering atau belacan. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
2 mangkuk minyak masak
Bahan-bahan kisar kasar:
8-10 biji cili merah segar
7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
Angkat terung dan ketepikan.
Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
Tips:
Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.
Resepi Che Nom
Baca Artikel Menarik
- Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Biskut Thumb Print
- Nasi Tomato Bonda
- Tenat! Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin
- Radzi gagal teruk
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.