Perunding Kecantikan Ini ‘Kantoi’ Guna Nama Mira Filzah

Perunding Kecantikan Ini ‘Kantoi’ Guna Nama Mira Filzah
Perunding Kecantikan Ini ‘Kantoi’ Guna Nama Mira Filzah Untuk Lariskan Jualan Produk

Memiliki rupa paras yang cantik dan pengikut yang ramai, mana-mana syarikat terkenal pastinya akan berebut dan mahu melantik Mira Filzah sebagai duta untuk melariskan serta menyakinkan keberkesanan produk mereka kepada pengguna.

Akan tetapi, disebabkan kecantikan yang beliau miliki, ada juga perunding kecantikan yang sanggup mempergunakan nama Mira Filzah kononnya beliau tampil sebagai duta untuk melariskan produk kecantikan yang mereka jual.



Terbaharu, seorang pengguna Twitter @immajue yang juga merupakan perunding kecantikan disyaki telah mempergunakan nama Mira Filzah untuk melariskan jualan produk kecantikan yang dipromosikan menerusi satu kiriman ciapan akaun Twitter miliknya.

“Mira Filzah pun guna produk ini, guys,” antara kapsyen yang selamba ditulis oleh perunding kecantikan itu.

Meskipun ciapan tersebut tidak tular dan mempunyai bilangan tanda suka serta ulang kicau yang sedikit namun selebriti Mira Filzah secara kebetulan terbaca kiriman ciapan yang ditulis oleh @immajue. Setelah itu, Mira Filzah dengan tenangnya membalas dalam ruangan komen pada ciapan tersebut.

Tak. Minta maaf. Saya tak guna Mary Kay.



— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) May 6, 2021

Mira Filzah membalas dan mendakwa yang beliau tidak menggunakan produk kecantikan tersebut. Setelah ditegur Mira Filzah, perunding kecantikan itu secara automatiknya telah memadam akaun Twitternya. Lantaran itu, rata-rata netizen juga melontarkan komen berhubung dengan isu ini.

Berniaga itu biarlah ikhlas dan rezeki tidak akan berkat sekiranya kita menipu dalam urusan perniaagaan. Semoga @immajue sedar dan tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan berhubung dengan kes ini. Vc




Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Suami Mira Filzah Kenang Pemergian Bapa, Isteri Pujuk Elak Terus Bersedih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker