Padah beri surat rentas negeri palsu

Tindakan seorang lelaki warga asing mengemukakan surat rentas negeri palsu mengundang padah apabila ditahan polis di pintu ketibaan Keretaapi Tanah Melayu (KTM) KL Sentral, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, anggota polis memeriksa suspek, 26, pada 7.50 pagi di mana dia menyatakan baru balik dari Langkawi.

Menurutnya, polis kemudian membuat semakan surat rentas negeri dan dapati nombor siri adalah palsu di mana surat rentas negeri itu tamat tempoh pada 8 Mei lalu dan dikehendaki berada di Nilai, Negeri Sembilan.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek menaiki KTM dari Sungkai 5.59 pagi semalam dan tiba di KL Sentral pada 7.46 pagi.

“Borang rentas negeri suspek mempunyai cap Balai Polis Nilai tetapi disahkan tidak berdaftar dengan balai polis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, suspek meninggalkan rumah dari Nilai pada 24 April lalu ke Langkawi untuk urusan kerja dan dijangka balik pada 8 Mei 2021.

“Semakan dokumen perjalanan diri suspek didapati masih sah sehingga 12 Februari 2022.

“Permit kerja pula didaftarkan atas sebuah syarikat di Mersing, Johor dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, orang awam dinasihatkan untuk mematuhi semua peraturanditetapkan oleh kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak menyalah-gunakan permit merentas negeri atas tujuan lain yang bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP).

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.-HM

Foto Ihsan PDRM

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Salah guna surat kebenaran rentas negeri bawa daun ketum

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker