Syasya DOLLA Sangat Tertekan, Dapat Gambar Pisau Berdarah

Syasya DOLLA Sangat Tertekan, Dapat Gambar Pisau Berdarah

Memang tak dapat dinafikan, kumpulan yang terdiri dari empat wanita, Dolla sering dibanding-bandingkan dengan kumpulan popular K-Pop, BLACKPINK. Walaupun Dolla sebenarnya memiliki keunikannya sendiri, namun peminat tegar BLACKPINK tetap mengkritik penampilan mereka sehingga menerima ugutan bunuh.

Hal ini telah didedahkan oleh salah seorang anggota kumpulan itu iaitu, Syasya atau nama sebenarnya, Noor Syasya Afiqah Shahrizal. Kata Syasya kepada BH ONLINE, dia mengakui tertekan dengan pengalaman ngeri dilaluinya sehingga menerima ancaman yang diterima cukup menakutkannya.

“Sejak awal kemunculan Dolla lagi, kami sudah dikecam netizen. Semuanya kerana mereka mendakwa kami meniru kumpulan BLACKPINK. Paling menakutkan apabila saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit menghantar gambar pisau berdarah.

“Punca menerima ancaman apabila netizen tidak puas hati dan menuduh gaya rambut saya pada ketika itu. Dakwa mereka, saya meniru gaya rambut Lisa, BLACKPINK”- katanya.

Kata Syasya, dia sangat tertekan sehingga harus berkongsi hal ini kepada keluarga dan syarikat pengurusan untuk mendapatkan nasihat. Walaubagaimanapun, selepas setahun mencipta nama dalam dunia nyanyian di Malaysia, kini Dolla lebih matang dalam menangani komen negatif dari netizen.

Menolak tanggapan peminat bahawa mereka meniru gaya BLACKPINK, kini penampilan mereka teryata berbeza dalam single kedua, Impian dan lagu raya berjudul Raya Raya Raya yang baru sahaja dilancarkan.

Dolla turut mendapat penghargaan apabila wajah mereka diabadikan dalam lukisan mural yang terletak di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur-Murai

Syasya DOLLA Sangat Tertekan, Dapat Gambar Pisau Berdarah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Terima ugutan bunuh, Dolla akui lebih matang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker