Pendaftaran vaksin tidak sah jika alamat tak dipapar di MySejahtera ?


Pendaftaran vaksin sah meski alamat tak dipapar di MySejahtera

Pendaftaran vaksin Covid-19 masih sah walaupun alamat anda tidak dipaparkan di halaman profil.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Vaksin Vaksin Covid-19 (JKJAV) susulan dakwaan di media sosial bahawa pendaftaran gagal kerana tidak menunjukkan alamat pendaftar.

JKJAV, menjawab aduan di Twitter, menjelaskan bahawa paparan alamat adalah ciri terbaru.

“Alamat yang anda daftarkan pada awalnya adalah sah dan direkodkan. Paparan pada gambar sebelah kanan adalah ciri terbaru MySejahtera,” katanya.

JKJAV menambah bahawa menukar alamat seseorang tidak akan mempengaruhi giliran vaksin Covid-19.

“Anda tidak perlu mengemas kini alamat jika ia betul. Ini tidak mempengaruhi kedudukan anda dalam barisan,” katanya.

Sebelum ini, beredar dakwaan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat masalah dalam sistem pendaftaran vaksinasi MySejahtera.

Ia mendakwa bahawa pendaftaran dianggap tidak lengkap sekiranya aplikasi MySejahtera tidak memaparkan negeri dan poskod di halaman profil. Mk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker