Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui terapung

 

SEREMBAN – Selepas dua hari hilang dihanyutkan arus deras, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini, dijumpai pada jam 7. 30 pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Seremban, Khir Amir Ahmad berkata, mangsa Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, ditemui terapung di dalam kolam takungan air Taman Arowana iaitu kira-kira 1.2 kilometer dari lokasinya terjatuh.

“Sebelum dijumpai, anggota kita telah buat rondaan setiap dua jam sekali sejak jam 2 pagi tadi (Isnin) dan ketika mahu memulakan operasi seterusnya pagi tadi, empat anggota kita ternampak mayat mangsa terapung.

“Ketika ditemui mangsa berseluar pendek dan dalam keadaan tertiarap,” katanya kepada Sinar Harian.

Tenat! Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin

Menurutnya, kedalaman paras air kolam takungan ketika itu kira-kira satu meter dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dipetik sebagai berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly dikatakan tergelincir ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras ketika bermain dengan abangnya berusia sembilan tahun dan seorang lagi kawan mereka berusia 12 tahun.

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

 

Marah ‘laluan tikus’ ditutup, bakar penghadang jalan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker