Marah ‘laluan tikus’ ditutup, bakar penghadang jalan

BESUT: Akibat terlalu marah laluan tikus ditutup, segelintir penduduk bertindak liar dengan membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis.

Perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, masyarakat seharusnya memahami pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bagaimanapun ada masyarakat yang tidak mengambil endah dengan arahan yang telah dikuatkuasakan.

Katanya ianya terbukti dengan sikap tidak bertanggunjawab dengan merosakan penghadang dan kawat duri yang telah dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan.



Penghadang jalan dan kawat duri yang dibakar oleh beberapa penduduk. - Astro AWANI

Penghadang jalan dan kawat duri yang dibakar oleh beberapa penduduk. – Astro AWANI

Tindakan itu, jelasnya, seperti memberontak kerana “laluan tikus” yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya di sempadan antara kedua negeri itu.

Susulan itu Roslee berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.

Katanya pihaknya juga sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.



Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dgn kejadian merosakan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

marah laluan tikus ditutup


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 



11 lorong tikus baharu dikesan di sempadan Besut, Pasir Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker