Laungan Azan berkumandang di Tower Bridge, London

 

Laungan Azan berkumandang di Tower Bridge pada Jumaat akhir Ramadhan , antara mercu tanda ikonik di London bergema dengan kalimah Azan yang dilaungkan oleh seorang usahawan Britain-Muslim sebagai memperingati Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

Kazi Shafiqur Rehman, 35, melaungkan Azan dengan gaya penyampaian Azan yang disampaikan oleh bilal atau muazzin Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla sempena majlis iftar yang yang dihoskan oleh Tower Hamlet Homes, East London Mosque, London Muslim Center, dan Tower Hamlets Interfaith Forum secara maya di London.



https://youtu.be/qwoaUYMldwU

Untuk rekod, Sheikh Ali Ahmad Mulla telah berkhidmat sebagai ketua muazzin di Masjidil Haram sejak tahun 1975 dan umat Islam di seluruh dunia amat mengenali suaranya tanpa mengira sama ada mereka pernah mengunjungi Masjidil Haram atau tidak.

Rehman mengatakan bahawa dia merasa puas setelah menyampaikan Azan secara terbuka dan juga dari Tower Bridge. “Saya hanya individu biasa dan bagi saya untuk diberkati dengan peluang seperti itu sangat bersyukur”, lapor Arab News.


Rehman melaungkan azan di pusat kewangan London, Canary Wharf tahun lalu.



Rehman telah menyampaikan Azan di masjid selama dua dekad yang lalu, namun, ini adalah kali kedua dia melaungkan Azan di lokasi terkenal di London. Pada tahun lalu beliau juga melaungkan azan di pusat kewangan London, Canary Wharf yang terletak di tengah bandar raya London. Video laungan azan itu telah ditonton berjuta kali. SM


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Surau tidak dibenar laung azan guna pembesar suara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker