[VIDEO] Kegigihan Vlogger Israel Nas Daily Terbalas

  Kegigihan Vlogger Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Vlogger Israel Nas Daily pasti sudah tidak asing lagi terutama sekali dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi anda yang tidak mengenalinya, Nas Daily merupakan seorang vlogger dari Israel terkenal dengan perkongsian video 1 minit mengenai kisah perjalanan beliau di sesebuah negara ketika melancong atau menghadiri jemputan oleh pihak tertentu.

[VIDEO] Kegigihan Vlogger Israel Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Disebabkan Nas Daily merupakan pemegang pasport Israel, maka beliau tidak dibenarkan untuk masuk ke negara kita, Malaysia dan juga 20 negara yang lain. Menerusi perkongsian terbaharunya di TikTok, Nas Daily mengatakan dirinya telah ‘membeli’ kerakyatan Caribbean.



Menerusi video tersebut, Nas Daily dengan bangganya mengatakan kini dirinya sudah boleh berkunjung ke Malaysia dan negara yang menyekat kemasukannya disebabkan beliau pemegang pasport Israel. Malah, Nas Daily turut meminta para penonton videonya untuk meneka berapa lama yang diperlukan dan wang yang dikeluarkan demi mendapatkan pasport tersebut.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Lantaran itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung dengan pasport yang dimiliki Nas Daily. Para netizen mengecam dirinya dan ada juga yang kagum dengan kegigihannya untuk cuba mendapatkan pasport itu.

photo_2021-05-06_14-35-30

photo_2021-05-06_14-35-27



photo_2021-05-06_14-35-21

Pastinya video ini bakal menjadi buah mulut netizen terutama sekali rakyat Malaysia. Apakah pendapat anda akan isu ini?-TVC

Sumber: TikTok Nas Daily

Vlogger Israel Nas Daily


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Israel rempuh Masjid Al-Aqsa, lebih 170 jemaah Islam cedera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker