Tok Mat gesa sekatan pergerakan tegas ketika Hari Raya
Tok Mat gesa sekatan pergerakan tegas ketika Hari Raya. Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan tegas ketika musim perayaan memandangkan keadaan Covid-19 yang semakin memburuk di negara ini.
Mohamad mencadangkan semua bentuk pergerakan dihadkan hanya bagi yang penting dari segi ekonomi atau kecemasan.
“Sebarang perancangan sambutan atau perayaan patut ditangguhkan demi kepentingan masyarakat dan negara,” katanya.
Memandangkan Hari Raya Aidilfitri hanya beberapa hari lagi pada 13 Mei, Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat memberi amaran bahawa sebarang bentuk perjalanan, ziarah dan sambutan ketika tempoh perayaan akan lebih menerukkan keadaan, sekalipun protokol kesihatan tegas ditetapkan.
“Tujuan perayaan dalam Islam adalah untuk mendapat keberkatan Allah. Cara terbaik adalah dengan mengorbankan keinginan kita untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa, seterusnya mengurangkan beban masyarakat.
“Ekonomi, kehidupan sosial dan pekerjaan kita semua boleh dibina semula selepas melepasi krisis ini.
“Namun kehilangan nyawa dan menjejaskan kesihatan awam adalah risiko lebih besar yang perlu dielak,” katanya.
Katanya, kadar jangkitan kini meningkat termasuk lonjakan kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Kita memerlukan pendekatan radikal untuk menangani pandemik ini dengan segera,” katanya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,519 kes baharu Covid-19 dan 25 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Daripada jumlah itu, 36,564 adalah kes aktif, dengan 393 pesakit dirawat di ICU dan 210 memerlukan bantuan pernafasan.
Wad ICU di hospital di negara ini juga dilaporkan semakin mencapai kapasiti penuh.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ICU di Hospital Sungai Buloh hampir penuh dengan pesakit Covid-19. FMT
Baca Artikel Menarik
- Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
- Inilah tanda- tanda malam Lailatul Qadar
- Resepi Ayam Kuzi Istimewa
- Layari Laman Facebook My KMU NeT
SAH: Rentas negeri, daerah di seluruh negara dilarang mulai 10 Mei hingga 6 Jun ini
You must be logged in to post a comment.