Pengerusi Kumpulan Low Yat meninggal dunia

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan Low Yat Tan Sri Low Yow Chuan meninggal dunia pada Sabtu ketika berusia 88 tahun.

Menurut laporan berita, seorang daripada anggota keluarganya dipetik sebagai berkata pengebumian Low akan diadakan pada Rabu ini (12 Mei).

Kumpulan itu merupakan satu daripada kumpulan milik persendirian terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai perniagaan termasuk pembangunan hartanah dan runcit.

“Diketuai pengerusinya Tan Sri Low Yow Chuan sejak 1971, kumpulan ini telah melebarkan sayapnya daripada sebuah syarikat pembinaan bermula pada 1940,” menurut kumpulan itu.

Malaysia perlu ambil iktibar India, kata Dr Noor Hisham

Sebagai pengerusi dan pengarah urusan Kumpulan Low Yat, Low telah mengembangkan portfolio projek dan perniagaan kumpulan itu.

“Di bawah bimbingan dan kepimpinannya, portfolio projek besar dalam kumpulan ini telah dipertingkatkan. Beliau juga telah mencapai satu lagi kejayaan penting dalam kumpulan ini menerusi sumbangannya yang meluas dalam menggalakkan pertumbuhan pelancongan di Kuala Lumpur,” menurut kumpulan itu.

— BERNAMA

 

Padah Tayang Aksi ‘Wheelie’ Depan Polis..Kan Dah Mendapat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker