6 Amalan Nabi s.a.w. pada waktu pagi


Sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, pagi merupakan waktu paling ajaib dan anugerah terbesar kepada manusia. Waktu pagi banyak memberi manfaat dalam hidup kita. Di sini terdapat 6 amalan yang Baginda s.a.w. lakukan saat pagi hari antaranya:

Pertama: Mandi pagi sebelum subuh. Ini kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.

Pouring water from jug into glass on blue background

Minum air pada pagi hari membantu mengelakkan penyakit

Kedua: Mengamalkan minum air sejuk segelas setiap pagi sebelum bersiwak. Ia bagi mengelakkan penyakit dan ia turut diamalkan oleh orang-orang Jepun.

Ketiga: Bertafakur atau bersujud sekurang-kurangnya seminit. Ini bagi mengelakkan sakit kepala atau migran. Menurut saintis yang membuat kajian tentang sujud, mereka menemui beberapa milimeter ruang udara, dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Maka dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

Keempat: Solat Duha. Dari Umar r.a, berkata Rasulullah s.a.w. firman Allah dalam hadis Qudsi maksudnya,

“Hai anak Adam, solatlah kerana Ku dua rakaat Duha pada awal hari nescaya aku jamin hingga akhir hari tersebut. HR al-Tabrani

Kelima: Membaca Doa seperti berikut, “Ya Allah , dengan rahmat dan pertolongan Mu kami memasuki waktu pagi , dan dengan rahmat dan pertolongan Mu kami memasuki waktu petang . Dengan rahmat dan pertolongan Mu kami hidup dan dengan kehendak Mu kami mati . Dan kepada Mu kebangkitan (bagi semua makhluk)”. HR Tirmizi

Keenam: Berzikir, membaca al-Quran dan mentadabbur isinya.

Kajian membuktikan inilah manfaat waktu pagi kepada manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker