“I Rasa Penyanyi Nombor Satu Bukan Dia” ..š„±ā Hatta Dolmat Dikecam Netizen
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menerima kecaman hebat netizen selepas didakwa bersikap seperti ālalangā apabila kini tidak lagi mengakui Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu tanah air.
Sebaliknya, berdasarkan kejayaan yang telah dikecapi penyanyi Yuna di peringkat antarabangsa, menerusi Twitter, Hatta, 39, berkata, gelaran tersebut patut diberikan kepada artis wanita tersebut.
āYuna terpampang di Billboard Times Square, New York. Sementara ramai rakyat Malaysia di sini kata penyanyi nombor satu negara ialahā¦
āSaya rasa penyanyi nombor satu bukan dia.. tapi (emoji mengantuk),ā ciap Hatta.
Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen menyifatkan Hatta seperti kacang lupakan kulit kerana sebelum ini, dia pernah memuat naik satu hantaran status mengakui status Siti sebagai penyanyi nombor satu negara.
āMasa dirimu tengah harum, semua pakat kerumun, himpit. Tumpang selagi boleh. Ketika dirimu dihimpit isu, dikecam dikeji, masing-masing dah tunjuk perangai sebenar.
āKetahuilah wahai Siti Nurhaliza bahawa dirimu selama ini dikelilingi manusia-manusia hipokrit. Kenalpasti dan āmarkā seorang-seorang,ā ciap seorang netizen.
Sebelum ini, Hatta pernah memuat naik status instagram memberi ucapan ulang tahun kepada Siti dan turut mengakui pelantun lagu Cindai itu sebagai penyanyi nombor satu tanah air.
Baru-baru ini, Siti dihambat kontroversi apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk larangan rentas negeri membabitkan salah seorang tetamu seperti yang tular dalam media sosial pada majlis tahnik sempena kelahiran anak kedua, Muhammad Afwa.
Biarpun sudah menafikan berlaku sebarang aktiviti rentas negeri, Siti terus dikecam apabila bertindak memuat naik status sindiran dalam Insta Story yang mengatakan beliau bersyukur kerana berpeluang mengumpul pahala kerana dikecam netizen susulan penganjuran majlis terbabit.-KO
Sumber: Twitter & Instagram Hatta Dolmat
You must be logged in to post a comment.