Israel bukan negara, tetapi markas pengganas

Ali Khamenei

TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada hari Jumaat menyIfatkan Israel “bukan negara, tetapi markas pengganas” dan mendesak negara-negara Islam memeranginya, ketika meraikan acara tahunan demonstrasi pro-Palestin.

“Israel bukanlah sebuah negara, tetapi sebuah pangkalan pengganas terhadap bangsa Palestin dan negara-negara Islam yang lain,” kata Khamenei dalam pernyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen yang menandakan Hari Al-Quds.

“Memerangi rejim yang tercela ini adalah memerangi penindasan dan keganasan, dan (melakukannya) adalah tugas semua orang,” tambahnya.

Ucapannya muncul di tengah-tengah ketegangan antara musuh serantau itu, ekoran rangkaian serangan maritim, ledakan di sebuah pusat nuklear Iran dan pembunuhan seorang saintis nuklear terkemuka, yang Tehran mempersalhakan Israel.

Hari Quds diadakan setiap tahun sejak awal revolusi Islam Iran untuk menyokong rakyat Palestin, tetapi tahun ini tidak mengadakan demonstrasi nasional seperti biasa kerana Covid-19.

Budak hancur jari, tersepit dalam mesin tebu

Tetapi di sebalik sekatan itu, sejumlah orang keluar “secara spontan” di ibu kota Teheran, kata televisyen pemerintah, yang menunjukkan pembakaran bendera dan nyanyian anti-Amerika Syarikat (AS) dan anti-Israel.

Khamenei juga menekankan bahawa “penurunan rejim Zionis musuh telah bermula dan tidak akan berhenti”.

Dia mengecam normalisasi hubungan Israel dengan “beberapa pemerintah Arab yang lemah” sebagai usaha untuk melemahkan “mimpi buruk persatuan Muslim,” menyerukan warga Palestin untuk terus menentang dan pemerintah Islam untuk menyokong mereka.

Republik Islam itu tidak mengiktiraf Negara Israel, dan menyokong perjuangan Palestin telah menjadi tonggak dasar luar Iran sejak revolusi 1979. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker