Azizulhasni dedah kesukaran sebagai atlet berprestasi tinggi

Azizulhasni dedah kesukaran sebagai atlet berprestasi tinggi

KUALA LUMPUR:  Azizulhasni dedah kesukaran sebagai atlet berprestasi tinggi. Prospek pingat emas negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Azizulhasni Awang mendedahkan ‘kepayahan’ menjadi seorang atlet berprestasi tinggi yang baginya memerlukan kekuatan penuh daripada sudut fizikal dan mental.

Pelumba basikal trek negara itu berkata, karier sebagai atlet elit ini sudah tentunya memerlukan rasa cinta dan minat mendalam apatah lagi latihannya boleh disifatkan seperti ‘ala komando’.

“Berbaki 77 hari lagi ke Sukan Olimpik Tokyo, beginilah situasi kami di velodrom hampir di setiap sesi latihan,” kata Azizulhasni yang memuatnaik video rakan seperjuangannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang keletihan disebabkan latihan keras.

“Selalunya ramai yang tanya, kenapa training (latihan) sampai boleh muntah?. Penjelasan ringkasnya adalah apabila kita melakukan aktiviti latihan berintensiti tinggi, badan kita akan menghasilkan asid laktik yang banyak.

“Hebatnya sistem tubuh kita yang diciptakan Allah SWT ini adalah apabila kandungan asid laktik terlampau tinggi dalam badan kita berbanding kebiasaan, badan akan cuba memaksa ianya keluar.

“Dan salah satu cara mudah adalah melalui muntah. Kalau bukan bulan puasa, confirm (sudah tentu) keluar semua isi perut. Tapi apabila berpuasa, dia duk (hanya) uweekkk uweekkk uweeekkk je lah, xde (tidak ada) benda nak keluar sangat. Yang keluar pun maybe (mungkin) sedikit cecair.

Menjelang PRU15: Tiba masanya BN umum calon PM

“Kalau mereka yang di kalangan atlet mesti faham benorlah (sangat) seksa dia macam mana bila buat latihan berintensiti tinggi ni. After effect (kesan selepas itu) dia tu lagi tak boleh bawak bincang. Kelesuan, kepeningan dan sudah tentu ‘kepishangan’. Paling bestnya esok nak kena hadap benda sama balik.

Azizulhasni dedah kesukaran

“Sebab itu penting untuk ada cinta dan minat yang mendalam kalau nak jadi atlet elit ni. Sebab kalau tak, menangislah komer (kamu) nak menghadap seksaan macam ni on the daily basis (setiap hari).

“Kekuatan mental juga main peranan yang besar. Korang (Awak) bayangkan hari-hari nak seksa diri macam tu, orang gila je sanggup. Sebab itu, saya pernah cakap sebelum ni, atlet elit ni macam askar komando.

“Tapi askar komando ni lagi next level lah (peringkat seterusnya) dan saya mempunyai high respect (rasa hormat) dengan apa yang mereka semua lakukan untuk negara yang tercinta,” kata Azizul dalam akaun Facebook miliknya.

Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing sudah melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Terbaru, atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong melayakkan diri ke Olimpik Tokyo menerusi kejohanan Piala Dunia FINA di Tokyo. Jun Hoong bakal menyertai empat lagi atlet terjun yang sudah layak iaitu Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.

Selain Azizul dan Shah Firdaus serta lima atlet terjun itu, turut layak ke temasya berkenaan adalah atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad; Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) dan empat atlet pelayaran – Khairulnizam Mohd Afendy, Nur Shazrin Mohd Latif, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali.


Artikel Menarik :

Layari Laman FB MYKMU


 

Masanya Azizul bawa pulang emas Olimpik

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker