PN perlu henti jual aset negara – DPIM



Sebaran :

PN perlu henti jual aset negara – DPIM
KUALA LUMPUR – PN perlu henti jual aset negara – DPIM. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa agar tidak mengikut corak pentadbiran Pakatan Harapan yang terkenal dengan modus operandi menjual aset-aset negara secara lambak kepada negara asing.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, kerajaan PN seolah-olah mengulangi corak penjualan lambak aset negara apabila Mitsui sudah membuat tawaran untuk membeli baki saham yang dimiliki oleh Khazanah dengan harga RM13 bilion.

Kini, secara rasminya syarikat pegangan milik Malaysia sudah bertukar tangan kepada negara Jepun, katanya.



“Khazanah diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

“Khazanah memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memacu pelbagai industri strategik dan inisiatif negara, memupuk pembangunan industri tersebut dalam usaha memenuhi kepentingan ekonomi jangka panjang Malaysia.

“Khazanah juga memacu pembentukan nilai pemegang saham, meningkatkan keuntungan kecekapan dan meningkatkan tadbir urus korporat dalam syarikat-syarikat yang dikawal oleh kerajaan, yang dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC.



“Syarikat-syarikat utama yang tersenarai dalam portfolio Khazanah terdiri daripada beberapa syarikat terbesar dan terpenting di Malaysia, termasuk Axiata Group Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, IHH Healthcare Berhad dan UEM Sunrise Berhad,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir menambah, pada November 2018, Khazanah bersetuju untuk menjual 16 peratus pegangan saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co Ltd untuk RM8.42 billion (US$2 billion) secara tunai.

Ujarnya, sebelum ini, Khazanah merupakan pemegang saham terbesar IHH Healthcare Berhad melalui Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd dengan nilai pegangan saham sebanyak 40.8 pertus. Pemegang saham kedua terbesar adalah Mitsui & Co Ltd dengan nilai pegangan saham sebanyak 18.3 peratus.



Jelas beliau, keadaan itu berubah selepas penjualan 16 peratus pegangan saham di mana Mitsui & Co Ltd bakal menjadi pemegang saham terbesar sebanyak 34.3 peratus manakala, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd menyusut kepada 24.8 peratus.

“Pada September 2019, IHH yang kini pemegang saham terbesarnya adalah Mitsui & Co Ltd dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli keseluruhan saham Pulau Memutik Ventures untuk mengambil alih kepentingan Prince Court Medical Center Sdn Bhd (PCMC) pada harga RM 1.02 billion.

“Pengambilalihan ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan menerusi Khazanah terus mencairkan aset-aset penting pelaburan negara,” jelasnya.



Katanya lagi, persoalan lain yang wajar diterangkan kepada rakyat dan anak muda selaku pewaris negara adalah mengapa hutang negara makin bertambah walaupun aset-aset negara dijual.

“Ke manakah perginya duit hasil jualan lambak aset-aset negara ini? soalnya. MG


Artikel menarik :

Lawati Laman FB MyKMU



 


 

Malaysia Airports sahkan pengambilalihan Subang oleh entiti swasta


Sebaran :


Leave a Reply