Konstabel maut dengan kesan tembakan, tiga rakan serumah direman


Polis Sarawak menahan tiga anggotanya di Sibu pada Jumaat bagi membantu siasatan terhadap rakan serumah mereka yang ditemui mati dengan kesan tembakan pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan tangkapan tersebut.

“Ya, kita buat tangkapan tiga orang yang berada di rumah itu. Tiga orang anggota (polis) yang sama tinggal, ada di rumah tersebut. Kita reman dan lakukan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Perintah reman dikeluarkan mulai hari ini bagi membantu pihak polis untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Kita tidak tahu yang mana satu suspek jadi kita reman ketiga-tiga untuk siasatan. Kita sedang buat siasatan dan berdasarkan tangkapan itu kita akan rekod (keterangan) dan juga buat siasatan siapa yang menembak,” katanya.

Aidi turut memberitahu bahawa pihak patologi dari Kuching akan dihantar ke Sibu untuk melakukan bedah siasat esok sebelum jenazah dibenarkan untuk dihantar pulang ke Pahang.

Dalam insiden sekitar jam 7 malam tadi, seorang anggota polis, Norhalim Tumiran, 24, yang baharu sebulan melaporkan diri bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal Sibu ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala.

Mangsa yang juga rakan serumah tiga suspek terbabit ditemui mati di ruang tamu rumah sewa mereka.

Mangsa yang berasal dari Pahang meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang berusia setahun.

Konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker