Ramasamy sembur Sanusi, MB jahil perlembagaan

Timbalan ketua menteri Pulau Pinang mengkritik Sanusi Md Nor dengan berkata, kekurangan pemahaman menteri besar Kedah itu tentang kedaulatan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah “membimbangkan”.

Sanusi mendakwa pihak berkuasa wilayah yang dicadangkan untuk menguruskan sumber air di Ulu Muda akan menjejaskan kedaulatan dan hak tanah negeri.

Bagaimanapun, Ramasamy berkata, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa negara yang mempunyai kedaulatan, bukannya negeri, seperti Kedah.

“Kurangnya pemahaman Sanusi tentang Perlembagaan dan pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri adalah mengelirukan atau membimbangkan.

“Ini bukan sesuatu yang diharapkan daripada ketua kerajaan negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Dalam wawancara dengan FMT semalam, Sanusi berkata, mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), perkara berkaitan tanah berada dalam skop negeri.

Sebagai respons, Ramasamy mengingatkan Sanusi bahawa hak-hak negeri telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan lama sebelum pembentukan MA63.

“Oleh itu, sebarang rujukan Sanusi kepada MA1963 mungkin tidak sesuai. Malah, beliau harus merujuk kepada Perlembagaan negara.”

Ramasamy menggesa kerajaan persekutuan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air agar menjalankan kajian bagi penubuhan pihak berkuasa air wilayah.

“Campur tangan dalam hal-hal konflik antara negeri adalah dalam kuasa kerajaan persekutuan,” katanya.

“Air adalah perkara strategik utama yang tidak boleh dibiarkan kepada pemimpin negeri seperti Sanusi untuk berbuat sesuka hati. Apa gunanya ada kementerian air persekutuan yang tidak mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah air antara negeri?”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker