Durian hijau Beserah, tempah dulu baru boleh

KUANTAN: Kira-kira 60 tahun lalu, durian hijau Beserah di sini dijual pada harga RM60 sebiji yang mana hanya mereka yang boleh disebut sebagai golongan ‘kayangan’ mampu membeli raja buah berkenaan.

Pengusaha durian tersebut, Goh Woy Yeong, 94, berkata, dalam tempoh berkenaan juga, durian hijau perlu ditempah kerana permintaan tinggi.

“Dulu, untuk beli durian ini sampai kena bayar dahulu wang pendahuluan baru boleh makan.



“Permintaan pada waktu itu sudah tinggi kerana ramai yang mahu menikmati keenakan isinya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Woy Yeong yang 50 tahun menguruskan kebun durian berkata, ketika ini, durian ini yang dijual sekitar RM30 hingga RM35 sekilogram masih boleh diibaratkan sebagai ‘pisang goreng panas’.

Ini kerana, katanya, setiap tahun peminat raja buah itu pasti menunggu bila ia gugur dan membuat tempahan awal untuk menikmati keenakannya.

“Setiap tahun, durian hijau Beserah pasti mendapat tempahan dalam kalangan kerabat diraja dan pemimpin politik bukan sahaja di negeri ini malah seluruh negara.



“Keenakan durian itu bukan sahaja diketahui dalam kalangan rakyat di negara ini malah turut mendapat permintaan sehingga ke Singapura,” jelasnya.

Katanya, isi durian hijau Beserah tidak terlalu tebal dan tidak menyebabkan cepat muak seperti sesetengah durian lain.

Menurutnya, sebiji durian itu penuh dengan isi di setiap pangsa menjadikan ia dikatakan mampu menandingi musang king.

‘Di daerah lain di negeri ini memang terdapat durian hijau tetapi rasanya tidak sama seperti durian hijau Beserah,” katanya. Utusan



Durian hijau Beserah, tempah dulu baru boleh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker