Samirah, 2 remaja kekal bebas tuduhan bunuh CEO Cradle Fund

Samirah, 2 remaja kekal bebas tuduhan bunuh CEO Cradle Fund

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli, membuat keputusan berkenaan secara sebulat suara, selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan ketiga-tiga tertuduh itu.



Samirah, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi 14 Jun 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga individu itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 49, dan dua remaja terbabit yang kini berusia 18 serta 21 tahun.

Dalam penghakimannya, Ab Karim dilaporkan berkata, pasukan pendakwaan hanya membuat andaian semata-mata apabila mendakwa ketiga-tiga mereka membunuh CEO Cradle Fund itu seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan. BH



Samirah, 2 remaja kekal bebas tuduhan bunuh CEO Cradle Fund

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker